Friday, 29 November 2024

RTM Mutiara FM masih boleh didengari di kawasan Kedah Utara (Jitra) dan sebahagian negeri Perlis dengan isyarat lemah.


 

Radio RTM Pulau Pinang, Mutiara FM mempunyai pemancar kuasa rendah di Gunung Jerai pada frekuensi FM 93.9MHz yang khususnya meliputi Teluk Bahang, Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah dimana kawasan ini tidak dapat menerima isyarat Mutiara FM 95.7MHz dari Bukit Penara, stesen radio ini boleh didengari pada sebahagian besar negeri Kedah, juga Taiping di negeri Perak.


Walaupun pemancar RTM Mutiara FM di Gunung Jerai cuma memancar ke arah Pulau Pinang Utara sahaja, tetapi stesen radio ini masih boleh didengari dengan isyarat kurang jelas di Kedah Utara (Jitra) dan beberapa kawasan negeri Perlis.


Pada 25hb November 2024, saya merakam video isyarat RTM Mutiara FM 93.9MHz (Gunung Jerai) di Jitra, Kedah dan 2 buah kawasan negeri Perlis, iaitu Kangar dan Arau. Ketiga-tiga kawasan masih boleh menerima siaran Mutiara FM 93.9MHz tanpa gangguan oleh siaran radio Thailand 94FM Club dari Hatyai.

 

* Jitra, Kedah

 

* Arau, Perlis

 

* Kangar, Perlis

 

Di negeri Perlis, siaran Mutiara FM 93.9MHz mula diganggu oleh 94FM Club di Beseri semasa perjalanan dari Kangar ke Padang Besar. Selain itu, di bahagian negeri Kedah, Mutiara FM 93.9MHz juga diganggu oleh 94FM Club.


Mutiara FM 93.9MHz masih boleh didengari di Arau dan Kangar, tetapi tiada isyarat boleh diterima di Padang Besar, Kaki Bukit dan Wang Kelian.


Secara keseluruhan, RTM Mutiara FM boleh didengari di negeri ini tersebut pada frekuensi bawah berikut:


1. Seluruh negeri Pulau Pinang (95.7MHz Bukit Penara/93.9MHz Gunung Jerai/90.9MHz Bukit Genting)

2. Kedah Tengah, Kedah Utara dan sebahagian negeri Perlis (93.9MHz Gunung Jerai)

3. Perak Utara (95.7MHz Bukit Penara/93.9MHz Gunung Jerai)

No comments:

Post a Comment