Walaupun RTM Perlis FM 102.9MHz boleh didengari dengan jelas di Kedah Utara seperti Alor Setar, Kodiang, Jitra, Changlun dan Bukit Kayu Hitam, tetapi siaran radio ini boleh didengari dengan isyarat yang lemah di Kedah Tengah dan sebahagian Pulau Pinang.
Pada 24hb, 25hb dan 26hb November 2024, saya telah membuat rakaman video penerimaan siaran RTM Perlis FM 102.9MHz di beberapa buah kawasan negeri Kedah dan Pulau Pinang.
1. Kota Kuala Muda & Lubuk Tikam, Kedah
Terdapat gangguan frekuensi sama dengan Perak FM 102.9MHz dari pemancar Lawin semasa perjalanan saya dari Kota Kuala Muda ke Lubuk Tikam.
2. Kepala Batas/Bertam, Pulau Pinang
Kepala Batas/Bertam ialah kawasan yang hanya boleh menerima siaran Perlis FM 102.9MHz yang lemah di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.
3. Sungai Petani & Gurun, Kedah
4. Pendang, Kedah
5. Jitra, Kedah
6. Teluk Bahang, Pulau Pinang
7. Batu Ferringhi, Pulau Pinang
8. Tanjung Bungah, Pulau Pinang
9. Gurney dan Georgetown, Pulau Pinang
Di Georgetown, rakaman video penerimaan siaran Perlis FM diambil di aras ke-65 Menara KOMTAR.
10. Selama, Perak
Kawasan pertama di negeri Perak yang saya menerima siaran Perlis FM 102.9MHz, terdapat gangguan frekuensi sama dengan Perak FM 102.9MHz dari pemancar Lawin boleh dikesan di kawasan sekitar stesen minyak Caltex Selama.
Di bahagian pulau di negeri Pulau Pinang, isyarat Perlis FM 102.9MHz boleh dikesan dengan lemah dari Georgetown sehingga Teluk Bahang.
Selain daripada applikasi RTM Klik, kepada pendengar Perlis FM di luar negeri Perlis, tetapi di Kedah dan Pulau Pinang, anda boleh mencuba untuk mendengar siaran radio ini pada frekuensi sama, iaitu 102.9MHz. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment