Siaran radio Pahang FM kini bertambah baik di kawasan Muadzam Shah, Keratong dan Selancar pada frekuensi FM 107.5MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali.
Sebelum ini, di Muadzam Shah, dan Keratong, kualiti isyarat siaran Pahang FM kurang memuaskan. Walaupun Pahang FM mempunyai frekuensi FM 88.0MHz yang dipancar dari Bukit Sembilan, tetapi siaran Pahang FM tidak dapat didengari dengan jelas dan stabil di Muadzam Shah kerana frekuensinya diganggu oleh Radio Klasik FM 87.9MHz dari Gunung Telapak Buruk dan Eight FM 88.1MHz dari Gunung Ledang, manakala FM 95.5MHz dari Bukit Sulai diganggu oleh Asyik FM 95.6MHz dari Gunung Ledang.
FM 107.5MHz ialah frekuensi alternatif Pahang FM di Muadzam Shah apabila FM 88.0MHz mengalami gangguan.
Keratong dan Selancar tidak jauh dari Bukit Sembilan, tetapi Pahang FM 88.0MHz disekat sepenuhnya oleh Radio Klasik FM 87.9MHz dan Eight FM 88.1MHz di kawasan tersebut, manakala Pahang FM 95.5MHz dari Bukit Sulai terus diganggu oleh Asyik FM 95.6MHz dari Gunung Ledang di Keratong dan Selancar.
Pahang FM di Keratong, Muadzam Shah dan Selancar perlu didengari pada frekuensi FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali. Sebelum ini, kualiti isyarat Pahang FM 107.5MHz kurang jelas, tetapi RTM telah memperbaikikan mutu isyarat Pahang FM 107.5MHz di kawasan Keratong, Muadzam Shah dan Selancar sejak kebelakangan ini.
Semasa perjalanan saya dari Segamat ke Muadzam Shah, saya mendengar siaran Pahang FM pada frekuensi FM 107.5MHz, kualiti isyaratnya bertambah baik, dan jelas didengari dengan kurang gangguan frekuensi pada masa sekarang.
Kepada pendengar dan penduduk yang berada di Muadzam Shah, Keratong serta Selancar yang mendengar siaran Pahang FM, kini stesen radio ini boleh diterima dengan lebih jelas pada frekuensi FM 107.5MHz (Gunung Ulu Kali). Hal ini kerana liputan Pahang FM 107.5MHz di tiga kawasan ini bertambah baik.
==Muadzam Shah==
==Keratong==
==Felda Selancar==
No comments:
Post a Comment