Frekuensi IKIM FM di Kuantan ialah 89.6MHz, dan ia dipancar dari Bukit Pelindung. IKIM FM 89.6MHz dari Bukit Pelindung meliputi Kuantan, Pekan, Kemaman dan Gambang.
Dari Kuantan ke Maran, oleh kerana RTM Ai FM menggunakan frekuensi 89.6MHz di Bukit Senggora untuk kawasan Bandar Maran, Pahang dimana frekuensi sama dengan IKIM FM di Kuantan, gangguan isyarat antara IKIM FM dan Ai FM berlaku di Sri Jaya dan sebahagian kawasan Gambang.
Semasa perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur hari ini, saya mengesan gangguan isyarat pada FM 89.6MHz di R&R Gambang Arah Barat dan Sri Jaya, manakala FM 91.5MHz dari Gunung Ulu Kali lemah dan diganggu oleh Zayan FM 91.6MHz dari Bukit Pelindung, tetapi siaran IKIM FM boleh didengari lebih jelas dari R&R Gambang ke Maran pada frekuensi FM 102.7MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk dimana frekuensi tersebut khusus untuk kawasan Negeri Sembilan.
Kepada pendengar IKIM FM di Sri Jaya dan sebahagian kawasan Gambang, sekiranya frekuensi Kuantan FM 89.6MHz diganggu oleh Ai FM 89.6MHz dari Bukit Senggora, anda dinasihatkan untuk menala frekuensi kepada FM 102.7MHz dan terus mendengar siaran IKIM FM.
Penerimaan siaran IKIM FM 102.7MHz di Sri Jaya boleh dikatakan sederhana.
Ini adalah liputan siaran IKIM FM dari Kuantan ke Kuala Lumpur, berdasarkan di Lebuhraya Pantai Timur LPT.
- Kuantan ke R&R Gambang: FM 89.6MHz Bukit Pelindung
- R&R Gambang ke Maran: FM 102.7MHz Gunung Telapak Buruk
- Maran ke Kuala Lumpur: FM 91.5MHz Gunung Ulu Kali
No comments:
Post a Comment