Jerantut terletak di kawasan Pahang Tengah, ia adalah kawasan untuk memasuki Taman Negara.
Mengenai stesen radio Bahasa Melayu di Jerantut, Pahang. Radio RTM adalah stesen yang paling jelas di kawasan tersebut kerana RTM mempunyai pemancar Bukit Istana yang meliputi Bandar Jerantut.
Di Bandar Jerantut, Radio Bahasa Melayu RTM cuma ada Radio Klasik FM 88.1MHz, Nasional FM 93.5MHz dan Pahang FM 92.7MHz.
Untuk stesen radio swasta Bahasa Melayu, pendengar cuma boleh menerima siaran dari Gunung Telapak Burok di Bandar Jerantut (Jarak penerimaan: 126km).
Stesen radio bawah berikut masih boleh diikuti siarannya di Bandar Jerantut, Pahang:
1. Era FM 103.6MHz
2. Sinar FM 96.9MHz
3. Suria FM 107.0MHz
4. Hot FM 99.5MHz
5. IKIM FM 102.7MHz
Zayan dan Best FM tidak dapat diterima di Jerantut, Pahang kerana mereka tidak mempunyai pemancar di Gunung Telapak Burok. Zayan FM 104.9MHz dan Best FM 104.1MHz dipancar dari Gunung Ulu Kali, tiada signal boleh diterima di Bandar Jerantut.
No comments:
Post a Comment