Selepas Benta, Cameron Highlands, Sungai Yu, Merapoh dan Bukit Fraser, kini Jerantut ialah kawasan negeri Pahang yang keenam dimana saya menerima siaran Kelantan FM melalui frekuensi FM 97.3MHz dari Bukit Bakar.
Kawan saya memberitahui bahawa Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar boleh diterima di Jerantut, Pahang, iaitu Kuala Tembeling.
Sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha, saya mengunjungi Jerantut di negeri Pahang, termasuk Kuala Tembeling.
Di sekitar Jalan Kuala Tembeling-Kuala Lipis (234), isyarat Kelantan FM 97.3MHz boleh dikesan, ia semakin jelas apabila naik bukit, tetapi isyarat akan lemah jika turun bukit dan mempunyai gangguan dengan Traxx FM 97.4MHz yang dipancar dari Gunung Ledang.
Pada masa yang sama, Traxx FM 97.4MHz dari Gunung Ledang pun jelas di sekitar Jalan Kuala Tembeling-Kuala Lipis, Jerantut, Pahang.
Apabila isyarat Kelantan FM 97.3MHz jadi lemah, frekuensi 97.3MHz diganggu oleh Traxx FM 97.4MHz (Gunung Ledang). Manakala Traxx FM 97.4MHz diganggu oleh Kelantan FM 97.3MHz (Bukit Bakar) apabila isyarat 97.4 jadi lemah semasa perjalanan dari Bandar Jerantut ke Kuala Tembeling.
Selain itu, saya pun boleh menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz di Jeti Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang, isyarat agak lemah, dan gangguan isyarat dengan Traxx FM 97.4MHz dari Gunung Ledang boleh dikesan jika saya mengubah arah antenna radio saya.
Situasi penerimaan Kelantan FM 97.3MHz di Kuala Tembeling hampir sama dengan Bukit Fraser, tetapi Kelantan FM 97.3MHz di Bukit Fraser lebih jelas kerana ketinggian lokasi itu lebih daripada Kuala Tembeling.
Di Jeti Kuala Tembeling, saya merakam isyarat Kelantan FM di sekitar tempat letak kereta. Di samping itu, saya boleh menerima siaran Kelantan FM di tempat yang sama pada frekuensi FM 102.9MHz yang dipancar dari RTM Kota Bharu (Wakaf Che Yeh), tetapi 102.9MHz lebih lemah daripada 97.3MHz di Kuala Tembeling.
==Jarak penerimaan Kelantan FM di Jeti Kuala Tembeling, Jerantut, Malaysia==
* FM 97.3MHz Bukit Bakar (2kW): 182km
* FM 102.9MHz Wakaf Che Yeh (1kW): 224km
==Status penerimaan Kelantan FM di Jeti Kuala Tembeling, Jerantut, Malaysia==
* FM 97.3MHz Bukit Bakar (2kW): Sederhana (11dBµ)
* FM 102.9MHz Wakaf Che Yeh (1kW): Lemah (6dBµ)
Model penerima radio: TECSUN PL-380
Frekuensi Kelantan FM 102.9MHz dari Kota Bharu boleh dikesan di Jeti Kuala Tembeling tanpa gangguan isyarat dari stesen radio lain seperti Melody FM 103.0MHz (Gunung Ulu Kali) kerana Melody FM 103.0MHz tidak dapat diterima di Jerantut dan Kuala Tembeling.
Mengenai penerimaan siaran Kelantan FM 97.3MHz di Jerantut, hanya Kuala Tembeling, Kampung Guai, Kampung Mela, Kampung Tanjung Bungor, dan juga kampung yang terletak antara Kuala Tembeling dan Kuala Lipis.
Tiada isyarat boleh diterima di Bandar Jerantut. Sekiranya saya menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz di Bandar Jerantut, kebanyakan isyarat 97.3MHz adalah bunyi dari Traxx FM 97.4MHz Gunung Ledang.
No comments:
Post a Comment