Sunday, 24 April 2022

Isyarat RTM Perlis FM 102.9MHz dari Padang Pauh diterima di Taiping, Perak? Biar betul tu! Isyarat troposfera dikesan.

Di kawasan Taiping, sebuah bandar besar yang ke-2 di Perak Utara yang terletak antara Ipoh and Pulau Pinang, kita boleh menerima 3 buah stesen radio negeri RTM iaitu Perak FM 104.1MHz (Bukit Larut), Kedah FM 97.5MHz (Gunung Jerai) dan Mutiara FM 93.9MHz (Gunung Jerai), manakala Pahang FM 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali masih boleh diterima isyaratnya dengan gangguan oleh GoXUAN FM 107.6MHz yang dipancar dari Bukit Penara, Pulau Pinang.

 

Lebih mengejutkan, Perlis FM boleh didengari di Taiping, Perak dengan melalui frekuensi FM 102.9MHz yang dipancar dari Padang Pauh.

 

Tempat pemancar Perlis FM 102.9MHz adalah darat yang mempunyai ketinggian 11 meter aras laut dengan ketinggian antenna sebanyak 70 meter sahaja. Pada sudut geografi dan secara umumnya, saya memang percaya Perlis FM 102.9MHz tidak dapat diterima di mana-mana kawasan negeri Perak kerana kawasan tersebut dihalang banyak gunung-ganang (termasuk Gunung Jerai, Bukit Larut, Gunung Semanggol dan Banjaran Bintang), tetapi isyarat Perlis FM 102.9MHz dikesan di Taiping secara mengejut.


Isyarat Perlis FM 102.9MHz Padang Pauh yang dikesan di Taiping, Perak adalah pemancaran troposfera (tropospheric propagation) seperti: 

 

1. Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar diterima di Langkawi, Kedah dan Bayan Lepas, Pulau Pinang


2. Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang diterima di Sitiawan, Perak


3. RRI Batam PRO-1 dari Batam, Indonesia diterima di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan


Rakaman video isyarat Perlis FM 102.9MHz diambil di Kampung Aulong Lama, Taiping, Perak oleh Kason Kong pada 26hb Mac 2022 dan waktu 12:38 tengah hari (UTC+8). Video tersebut telah mempunyai 750 penonton selepas sebulan dari tarikh muat naik.

Isyarat Perlis FM 102.9MHz yang diterima di Taiping adalah MONO dengan statik. Sangat jarangnya Perlis FM 102.9MHz boleh didengari di Taiping, Perak kerana frekuensi tersebut tidak mempunyai mana-mana isyarat stesen radio di Taiping semasa pemancaran biasa.


Pada tahun 2020, kawan saya boleh menerima Radio Thailand Satun FM 99.5MHz dan MCOT Satun FM 93.25MHz di Taiping, kemudian saya merancang untuk mengunjungi Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau, dan Tanjung Piandang serta mencuba nasib saya untuk menerima isyarat Perlis FM 102.9MHz di kawasan tersebut kerana saya mendapati tiada apa-apa halangan (seperti bukit, gunung dan hutan) di kawasan antara Perlis dan daerah Kerian yang berhampiri dengan Selat Melaka. 


Hakikatnya, apabila saya berada di Parit Buntar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau pada Ogos 2020, tiada isyarat dari Perlis FM boleh diterima pada FM 102.9MHz, namun frekuensi tersebut adalah isyarat yang sangat lemah dari Perak FM (dipancar dari Lawin) dikesan di Parit Buntar.


- Frekuensi: FM 102.9MHz

- Kuasa pemancar: 2kW

- Tempat pemancar: Kampung Padang Pauh, Kangar, Perlis

- Tempat penerimaan: Kampung Aulong Lama, Taiping, Perak

- Jarak: 191km

- Penerima radio: TECSUN PL-310ET

- Tarikh/masa penerimaan: 26hb Mac 2022 1238 jam (UTC+8)

- Jenis pancaran: Troposfera

No comments:

Post a Comment