Di negeri Pahang, Manis FM mempunyai dua frekuensi, iaitu:
- FM 95.1MHz di Kuantan, Pekan, Gambang dan Muadzam Shah (Bukit Pelindung)
- FM 103.8MHz di Maran, Temerloh, Bera, Bentong, Jerantut dan sebahagian Raub (Bukit Senggora)
Tiada liputan jelas oleh Manis FM di Pahang Barat seperti Bentong, Raub dan Kuala Lipis. Walaupun FM 103.8MHz boleh diterima di kawasan tersebut, tetapi penerimaan isyarat kurang jelas.
Di Bandar Kuala Lipis, Manis FM boleh diterima pada frekuensi FM 90.6MHz yang dipancar dari CELCOM KBX Tunjung, Kota Bharu, Kelantan.
Ini adalah rakaman video saya yang menerima siaran Manis FM 90.6MHz di Bandar Kuala Lipis, Pahang dimana saya berada di dekat Sungai Pahang. Rakaman video diambil pada 14hb November 2021 semasa saya berehat di Kuala Lipis sebelum bersinggah ke Gua Musang, Kelantan.
Berdasarkan pada rakaman video yang saya ambil di Kuala Lipis, kualiti isyarat Manis FM 90.6MHz adalah sederhana. Selain daripada Manis FM, saya mencuba untuk menerima Kelantan FM 97.3MHz Bukit Bakar di Bandar Kuala Lipis dan beberapa stesen radio dari Kota Bharu, tiada isyarat dikesan di kawasan situ.
Kesimpulannya, Manis FM 90.6MHz adalah stesen radio berasaskan di Kota Bharu yang hanya boleh diterima di Bandar Kuala Lipis, Pahang.
Manakala pesaingnya seperti Molek FM 105.1MHz dan Gegar FM 88.1MHz tidak dapat diterima di Kuala Lipis.
* 105.1MHz: Isyarat Asyik FM dari Gunung Brinchang (lemah)
* 88.1MHz: Isyarat 8FM dari Gunung Ulu Kali (sederhana)
Di samping itu, isyarat Manis FM 103.8MHz dari Bukit Senggora lebih lemah daripada 90.6MHz dari KBX Tunjung di Bandar Kuala Lipis, Pahang.
- Frekuensi: FM 90.6MHz
- Kuasa: 2kW
- Tempat pemancar: KBX Tunjung (CELCOM), Kota Bharu, Kelantan
- Tempat penerimaan: Bandar Kuala Lipis, Pahang (berhampiri dengan Sungai Pahang)
- Jarak: 208km
No comments:
Post a Comment