Wednesday, 6 April 2022

Radio Pasukan Bersenjata Rejimen ke-11 FM 107.5MHz adalah stesen radio Bahasa Thai yang hanya boleh didengari di Bandar Gua Musang, Kelantan, Malaysia

Biasanya saya tahu bahawa kawasan Kelantan seperti Kota Bharu, Tumpat, Jeli, Pasir Mas, Ketereh, Machang dan Tanah Merah boleh menerima siaran TV dan radio dari Thailand yang dipancar dari Yala, Narathiwat atau Sungai Padi/Sungai Golok kerana kawasan-kawasan ini tidak jauh dari sempadan Malaysia-Thailand.

 

Saya mungkin tahu kawasan Gua Musang tidak akan menerima sebarang siaran TV dan radio dari Thailand kerana ia terlalu jauh dari sempadan Thailand. Di samping itu, jarak antara Gua Musang dan Kota Bharu sangat jauh sebenarnya.

 

Gua Musang terletak di Kelantan Selatan yang tidak jauh dari sempadan negeri Pahang.

 

Apa yang membuat saya terkejut ialah apabila saya berada di Bandar Gua Musang, saya boleh menerima sebuah siaran radio dari Thailand dengan isyarat sederhana ke jelas.

 

Stesen radio Thailand yang saya terima di Bandar Gua Musang ialah Radio Pasukan Bersenjata Rejimen ke-11 FM 107.5MHz yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Diraja Thai. 

 

Siaran Thailand FM 107.5MHz yang diterima di Bandar Gua Musang, Kelantan dipancar dari Lochut, Daerah Waeng, Wilayah Narathiwat.

 

Isyarat FM 107.5MHz yang dipancar dari Lochut, Daerah Waeng, Wilayah Narathiwat, Thailand jelas di kawasan Bandar Lama Gua Musang yang berhampiri dengan stesen kereta api KTM lama Gua Musang, tetapi siaran radio Thailand ini bercampur-baur isyaratnya dengan RTM Pahang FM 107.5MHz yang dari Gunung Ulu Kali di Bandar Gua Musang.

 

Semasa perjalanan di sekitar Bandar Gua Musang, FM 107.5MHz sebenarnya isyarat radio bercampur-baur dimana Pahang FM bertindih dengan Radio Pasukan Bersenjata Rejimen ke-11 dari Lochut, Thailand. Gangguan antara kedua-dua stesen radio tersebut boleh dikesan di Taman Wangi, Gua Musang semasa saya memandu ke Merapoh, Pahang.

 

Atas sebab FM 107.5MHz adalah siaran radio yang bercampur-baur isyarat kedua-dua stesen radio tersebut, RTM Pahang FM tidak mengatakan siarannya boleh diikuti di kawasan Kelantan pada FM 107.5MHz.

 

Manakala stesen radio Thailand lain seperti Radio Thailand Narathiwat FM 98.25MHz, Radio 912 FM 99.1MHz, MCOT Narathiwat FM 96.0MHz dan Radio Tentera Laut Thai FM 94.75MHz tidak dapat diterima di Bandar Gua Musang, oleh itu FM 107.5MHz adalah stesen radio Thailand yang hanya boleh diikuti siarannya di Bandar Gua Musang.

 

Kepada penduduk di Bandar Gua Musang yang berminat tentang Thai (termasuk siaran radio), anda boleh mencuba frekuensi ini pada FM 107.5MHz.

 

* Frekuensi: FM 107.5MHz

* Kuasa: 1kW

* Tempat pemancar: Lochut, Daerah Waeng, Wilayah Narathiwat, Thailand

* Tempat penerima radio: Bandar Lama Gua Musang, Kelantan, Malaysia

* Jarak: 110km

 

==Rakaman lagu kebangsaan Thailand pada FM 107.5MHz di Bandar Lama Gua Musang, Kelantan, Malaysia==

 

==Siaran FM 107.5MHz bercampur-baur antara Pahang FM dan Radio Pasukan Bersenjata Rejimen ke-11==

No comments:

Post a Comment