Thursday, 5 April 2018

FM 99.9MHz frekuensi Seremban analisa untuk Zayan #indahdihati



Oleh kerana pasaran ekonomi Halal berkembang pesat di kawasan Seremban terutamanya Senawang, Paroi, Tiroi, Sungai Gadut dan Ampangan, tambahan pula penerimaan Zayan tidak jelas di Seremban pada FM 104.9MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali. Pada pandangan saya, frekuensi Seremban untuk Zayan diperlukan sebenarnya bagi meliputi kawasan bandaraya Seremban dan sekitarnya dengan lebih jelas.

Untuk stesen berbahasa Melayu yang dimiliki oleh Astro Radio, Era dan Sinar mempunyai frekuensi Seremban yang dipancar dari Gunung Telapak Burok.

- Era FM 103.6MHz
- Sinar FM 96.9MHz

Tetapi Zayan belum mempunyai frekuensi Seremban sebab bekas penyiaran stesen radio Red FM telah menutup frekuensi Seremban 106.0MHz sejak tahun Jun 2009, kini FM 106.0MHz Gunung Telapak Burok telah digunakan oleh City Plus FM sebelum Astro membeli Red FM dan Capital FM daripada tangan Star Radio Group.

Memang mustahil Zayan akan melancarkan frekuensi semula lagi pada 106.0MHz sebelum Red FM dihenti selama-lamanya! Untuk melancarkan semula frekuensi Seremban untuk Zayan, saya hanya boleh mencadangkan Zayan guna tempat pemancar Bukit Gan pada FM 99.9MHz.

Pada pandangan saya, Bukit Gan sudah cukup meliputi bandaraya Seremban dan sekitarnya untuk Zayan. 

==Cadangan asas frekuensi Zayan di Seremban==
Frequency: FM 99.9MHz
Power: 0.5kW
Transmitter site: TM Bukit Gan, Seremban

==Analisa RF bagi Zayan frekuensi Seremban==

99.9MHz: Zayan FM Bukit Gan
100.1MHz: Traxx Gunung Ulu Kali
<200kHz, OK>

99.9MHz: Zayan FM Bukit Gan
99.9MHz: 988 FM Gunung Pulai
<0kHz, OK>

99.7MHz: Raaga Gunung Ledang
99.9MHz: Zayan FM Bukit Gan
<200kHz, OK>

99.8MHz: Selangor FM Hulu Langat
99.9MHz: Zayan FM Bukit Gan
<100kHz, OK>

Berdasarkan pada analisa frekuensi Zayan Seremban atas, jarak frekuensi Zayan FM 99.9MHz Bukit Gan mempunyai hanya jarak 100kHz dengan pemancar jurang Selangor FM 99.8MHz yang meliputi Hulu Langat sahaja, tetapi kedua-duanya tidak akan membawa gangguan kerana pemancar Bukit Gan hanya meliputi Seremban sahaja, ia tidak akan memancar sehingga ke Selangor kecuali Sungai Pelek dan Sepang. Manakala Selangor FM 99.8MHz hanya meliputi Hulu Langat dan sekitarnya sahaja.

Jika FM 99.9MHz dipancar dari Gunung Telapak Burok, pemancaran Zayan dari Telapak Burok boleh membawa gangguan liputan kepada stesen radio yang sedia ada seperti:

- Raaga FM 99.7MHz Gunung Ledang di Melaka dan Negeri Sembilan timur
- 988 FM 99.9MHz Gunung Pulai di Johor Tengah
- Selangor FM 99.8MHz Hulu Langat di Cheras Batu 11, Kajang dan Hulu Langat

Dengan pemancar Bukit Gan FM 99.9MHz, Zayan boleh didengari dengan jelas di bandaraya Seremban dan kawasan sekitarnya seperti Pantai, Ulu Bendul, Ulu Klawang dan Bandar Springhills.









Penafian: Parameters dalam artikel ini hanya berdasarkan pada "frequency scan" di Seremban, gambar liputan Bukit Gan adalah berdasarkan Nautel RF Toolkit yang memberi ramalan liputan siaran sahaja. Oleh kerana teknikal antenna dan pemancar adalah sulit, saya tidak menerbit parameter seperti jenis antenna, ketinggian antenna, dan model pemancar dalam artikel ini. Saya hanya meneribit cadangan parameter seperti frekuensi, kuasa pemancar dan tempat pemancar sahaja

No comments:

Post a Comment