Thursday, 26 October 2017

Pandangan saya terhadap frekuensi Seremban untuk Zayan FM



Zayan FM adalah sebuah stesen berbahasa Melayu yang berkonsep Muslim moden yang dilancarkan oleh Astro sejak kebelakangan ini.

Buat masa kini, Zayan FM boleh diterima pada frekuensi-frekuensi bawah berikut:
- 104.9MHz: Lembah Klang (Gunung Ulu Kali)
- 98.9MHz: Melaka/Johor Utara (Gunung Ledang)
- 98.1MHz: Pulau Pinang/Kedah/Perak Utara/Perlis (Gunung Jerai)
- 106.4MHz: Ipoh (Gunung Kledang)
- 91.6MHz: Kuantan (Bukit Pelindung)
- 92.8MHz: Johor Bahru (Gunung Pulai)

Frekuensi Zayan FM yang baru beroperasi dahulunya ialah Red FM yang dimiliki oleh The Star. Pada asalnya, Red FM pernah mempunyai frekuensi Seremban pada 106.0MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Burok. Saya masih ingat saya pernah mendengar Red FM di 106.0MHz pada April 2009 apabila saya berada di Mantin, Negeri Sembilan, tetapi Red FM sudah menamatkan pemancaran Gunung Telapak Burok FM 106.0MHz sejak Jun 2009. Oleh itu, pada masa itu, Red FM perlu diterima sama ada 98.9MHz atau 104.9MHz di Negeri Sembilan.

Setelah Red FM menamatkan pemancaran 106.0MHz untuk Negeri Sembilan, frekuensi FM 106.0MHz menjadi kosong sehingga Oktober 2016. Sejak 26hb Oktober 2016, bekas frekuensi Negeri Sembilan Red FM 106.0MHz telah digunakan oleh City Plus FM (sebuah stesen bisnes berbahasa Cina yang dibawah naungan CENSE Media Sdn Bhd) dan dipancar dari tempat yang sama, tetapi CityPlus FM 106.0MHz meliputi Lembah Klang dari Gunung Telapak Burok.

Sejak City Plus FM telah menggunakan frekuensi tersebut, saya tidak fikir bahawa Zayan akan menggunakan atau mengaktifkan semula frekuensi FM 106.0Mhz untuk N.Sembilan. Pada pandangan saya, mengenai frekuensi Zayan FM untuk Seremban, saya mungkin fikir bahawa liputan frekuensi Seremban oleh Zayan tidak akan luas seperti stesen kembarnya Era dan Sinar kerana Gunung Telapak Burok tiada frekuensi kosong. Kemungkinan besar, Zayan memperluaskan liputan siarannya ke Seremban dengan meletakkan pemancar di Bukit Gan seperti Media Prima One FM 88.3MHz, tetapi liputannya terhad untuk Seremban dan kawasan berhampirannya. Bagi kawasan lain Negeri Sembilan perlu menerima Zayan FM sama ada 104.9 atau 98.9.

==Cadangan saya mengenai frekuensi Zayan FM di Seremban==
Frekuensi: FM 99.9MHz
Tempat pemancar: Bukit Gan, Seremban

==Analisa frekuensi==

99.9MHz: Zayan FM Bukit Gan
100.1MHz: Traxx Gunung Ulu Kali
<200kHz, OK>

99.9MHz: Zayan FM Bukit Gan
99.9MHz: 988 FM Gunung Pulai
<0kHz, OK>

99.7MHz: Raaga Gunung Ledang
99.9MHz: Zayan FM Bukit Gan
<200kHz, OK>


Selain itu, ia mungkin tiada masalah jika SKMM memberi frekuensi FM 101.1MHz kepada Zayan di Bukit Gan dimana 101.1MHz adalah cadangan saya untuk Best FM sebelum ini, tetapi terpulanglah kepada keputusan SKMM.

Untuk blog seterusnya, saya akan menerbitkan direktori atau panduan mengenai frekuensi Zayan FM di kawasan Negeri Sembilan (tidak termasuk dengan cadangan frekuensi Seremban yang saya membangkitkan).

No comments:

Post a Comment