Sunday 22 October 2017

Bilakah Best FM akan lancar di Pantai Timur?

Berdasarkan pada artikel laman Facebook Johor Times 01 Ogos 2016, katanya Best FM akan memperluaskan siarannya ke Pantai Timur pada awal 2017.

Pada masa sekarang, Best FM sedang menjalankan siaran percubaan pada FM 91.4MHz di Telipot, Kota Bharu dan FM 90.9MHz di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Pada pandangan saya, Best FM mungkin tidak melancar di Pantai Timur tahun ini. Kemungkinan besar Best FM akan melancar di Pantai Timur pada tahun depan, sempena dengan ulangtahun ke-30 Best FM bersiaran di Malaysia.

Best FM akan menyambut ulangtahun ke-30nya tahun depan. Stesen ini beroperasi pada tahun 1988 dengan siaran percubaan, dan kemudian memperluaskan siarannya ke Lembah Klang pada 1996.

Pada 2014, Best 104 melancarkan penjenamaan semula kepada Best FM sempena ulangtahun Jubli Peraknya ke-25. 

Adakah Best FM akan menyambut ulangtahun ke-30nya (1988-2018) dengan melancarkan frekuensi di Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan?


No comments:

Post a Comment