1. Bukit Larut (Taiping)
Frekuensi kosong: 105.7MHz
Kawasan liputan: Taiping, Parit Buntar, Gerik, Lenggong, Kamunting, Pengkalan Hulu, Selama, Batu Kurau, Bagan Serai, Nibong Tebal, Juru, Georgetown, Bukit Mertajam, Kulim, Bayan Lepas
2. Bukit Penara
Frekuensi kosong: 102.9MHz
Kawasan liputan: Seluruh negeri Pulau Pinang (termasuk Balik Pulau), Taiping, Kamunting, Parit Buntar, Selama, Sungai Petani
Di Taiping, hanya 92.4MHz, 93.2MHz dan 105.7MHz ialah frekuensi kosong, tetapi 92.4MHz dan 93.2MHz bertindih dengan stesen radio RTM dari Baling seperti Ai FM 92.5MHz dan Minnal FM 93.3MHz. Itu sebab saya mencadangkan frekuensi 105.7MHz. Selain itu, 105.7MHz ialah frekuensi kosong yang terakhir di Taiping jika 92.3MHz dan 93.1MHz digunakan oleh stesen radio di Bukit Penara dan Bukit Genting masing-masing.
Berdasarkan kepada tempat pemancar radio di atas, pada pandangan saya, pemancar Bukit Larut lebih sesuai digunakan oleh IKIM.FM kerana Bukit Larut boleh meliputi Perak Utara, Hulu Perak, Seberang Perai, sebahaian Pulau Pinang (Georgetwon dan Bayan Lepas), sebahagian Kedah Selatan. Kemungkinan Sungai Petani, Pengkalan Hulu, Gerik, Balik Pulau, Seberang Perai Utara (seperti Butterworth dan Kepala Batas) serta sedikit bahagian negeri Thailand (Betong) boleh menerima siaran IKIM.FM dari Bukit Larut jika kekuatan pemancarnya tinggi (seperti 5kW). Penerimaan IKIM.FM dari Bukit Larut mungkin kurang jelas di Gerik dan Pengkalan Hulu.
Mengenai pemancar Bukit Penara, ia boleh meliputi Batu Feringgi, Perak Utara seperti Taiping dan Parit Buntar, tetapi Bukit Penara tidak dapat meliputi daerah Hulu Perak seperti Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu kerana kawasan tersebut ialah tempat gunung-ganang. Frekuensi Bukit Penara yang saya cadangkan, 102.9MHz, walaupun ia berkongsi frekuensi sama dengan Perlis FM 102.9MHz dari Padang Pauh, tetapi penerimaan masih jelas di kawasan Pulau Pinang. 102.9MHz hanya mula bercampur-baur dari kawasan Kedah seperti Alor Setar, dan Yan.
Pemancar IKIM.FM Gunung Jerai 89.0MHz perlu ditingkatkan untuk meliputi Batu Feringgi dan Seberang Perai Utara.
Berdasarkan kepada situasi terkini, jika IKIM.FM menggunakan 105.7MHz di Bukit Larut, tiada masalah penerimaan di sebahagian besar Perak Utara, tetapi penerimaannya akan bercampur-baur dengan Kedah FM 105.7MHz dari Gunung Raya, Langkawi di sesetengah kawasan Pulau Pinang seperti Georgetown, Batu Feringgi dan Tanjung Bungah. Kawasan Georgetown, Gelugor, dan Jelutong masih ok, tetapi signal Kedah FM 105.7MHz masih boleh dikesan. Oleh itu, pendengar IKIM.FM di Pulau Pinang perlu tala antenna radio ke arah selatan/tenggara (Bukit Larut), signal bercampur-baur Kedah FM 105.7MHz boleh dikurangkan serta dikosongkan jika antenna ditala ke arah tenggara.
102.9MHz (Bukit Penara) atau 105.7MHz (Bukit Larut)?
Padangan saya, saya mencadangkan 105.7MHz (Bukit Larut).
Sejak kebelakangan ini, saya diberitahui oleh pihak SKMM bahawa pemancaran Bukit Larut boleh menyebabkan gangguan liputan radio dari Lembah Klang dan Langkawi. Ketinggian Bukit Larut lebih tinggi daripada Gunung Kledang, Gunung Raya dan Gunung Jerai. Di samping itu, antara tempat pemancar radio di negeri Perak, Bukit Larut ialah sebuah bukit yang tertinggi di negeri Perak.
Di sini, saya membuat analisis spektrum radio di wilayah utara/tengah pada 105.7MHz.
105.7MHz- Kedah FM (Gunung Raya; Langkawi dan Kedah Utara sahaja; 1kW)
105.7MHz- Lite FM (Gunung Ulu Kali; Lembah Klang dan Perak Selatan sahaja; 2kW)
105.7MHz- <kosong> (Bukit Larut; Taiping dan Perak Utara sahaja; kuasa pemancar perlu rendah daripada Kedah FM dan Lite FM)
Berdasarkan pada analisis tersebut, 105.7MHz di Bukit Larut, kuasa pemancarnya perlu rendah daripada Lite FM dan Kedah FM bagi mengelakkan gangguan kepada penyiaran mereka. Justeru, jika kuasa pemancar IKIM.FM di Bukit Larut 105.7MHz ialah 2kW yang kita biasa tahu pada pemancar IKIM.FM lain, pemancarannya akan mengganggu siaran Kedah FM Langkawi 105.7MHz terutamanya. Perbezaan frekuensi 0 kHz, kadar nisbah perlindungan tinggi. Manakala, kadar nisbah perlindungan akan rendah atau dikurangkan jika perbezaan frekuensi akan bertambah (0.1 MHz dan atas). Walaubagaimanapun jika IKIM.FM bersiaran di Bukit Larut untuk Taiping dan Perak Utara pada 105.7MHz yang saya cadangkan, kuasa pemancarnya sebanyak 0.5kW sudah cukup untuk dipancarkan ke kawasan tersebut. 0.25kW masih diterima kerana kuasa pemancar Hot FM 90.5MHz ialah 0.25 kW (http://www.asiawaves.net/bms-fm-radio.htm) walaupun HOT FM berkongsi frekuensi 90.5MHz dengan Kedah FM dari Baling.
Sebenarnya pemancar IKIM.FM Bukit Larut patut dikhususkan untuk "GAP FILLER" dimana kuasa pemancarnya rendah seperti pemancar IKIM.FM Bukit Genting 102.7MHz kerana kawasan Taiping tidak dapat siaran IKIM.FM 89.0MHz dari Gunung Jerai. Di samping itu, 102.7MHz dari Gunung Kledang juga lemah di situ.
Justeru, IKIM.FM boleh membuat pemohonan "pemancaran percubaan" (TRIAL TRANSMISSION) di Bukit Larut pada 105.7MHz untuk memastikan tiada gangguan kepada pihak penyiaran lain. "Pemancaran percubaan" boleh melaraskan keperluan kuasa pemancar Bukit Larut untuk meliputi Perak Utara.
Kawasan liputan Bukit Larut: Taiping, Padang Rengas, Selama, Parit Buntar, Nibong Tebal, Bandar Baharu, Lenggong, Bagan Serai, Kamunting, Terong, Batu Kurau, Kuala Kurau, Sauk, Changkat Jering, Simpang, Kuala Sepetang.
No comments:
Post a Comment