Thursday, 25 September 2014

Penerimaan IKIM.FM 89.0MHz di Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara





Penerimaan IKIM.FM 89.0MHz dari Gunung Jerai tiada signal di Pulau Pinang dan Perak Utara. Asasnya, pemancaran Gunung Jerai boleh meliputi Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Sebab utama IKIM.FM 89.0MHz dari Gunung Jerai tidak dapat meliputi kawasan Pulau Pinang dan Perak Utara ialah:

1. Frekuensi 89.0MHz yang IKIM.FM guna di Gunung Jerai berkongsi frekuensi yang sama dengan Radio Parlimen Thailand 89.0MHz dari Yala.

2. Wilayah Yala di Thailand terletak di sebelah timur Kedah dan utara negeri Perak.

3. Perbezaan frekuensi antara IKIM.FM 89.0MHz dan Radio Parlimen Thailand 89.0MHz adalah 0 kHz. Oleh kerana itu, kadar gangguan radio dan nisbah perlindungan (protection radio) tinggi.

Oleh kerana IKIM.FM 89.0MHz berkongsi frekuensi yang sama dengan Radio Parlimen Thailand, tidak semua kawasan Kedah akan menerima siaran IKIM.FM dari Gunung Jerai seperti kawasan Kedah Timur.

Jika IKIM.FM memperluaskan pemancar 89.0MHz untuk meliputi seluruh Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak Utara, gangguan radio antara IKIM.FM dan Radio Parlimen Thailand akan berlaku di kawasan Kedah Timur dan Yala barat yang terletak di sempadan Kedah-Yala.

Selain itu, Radio Parlimen Thailand 89.0MHz Yala akan menerima gangguan daripada IKIM.FM 89.0MHz di wilayah Yala. Tempat pemancarnya terletak di daerah Banang Sata, Wilayah Yala.

Radio Parlimen Thailand frekuensi Yala 89.0MHz khususnya meliputi Yala, Narathiwat dan Pattani, siaran ini boleh diterima di Kelantan Utara, Kedah Timur, Hulu Perak dan sedikit bahagian Perlis/Pulau Pinang.

Pertindihan antara IKIM FM 89.0MHz dengan siaran Thai 89.0MHz berlaku di kawasan seperti Kedah Timur, dan Hulu Perak.

Saya menerima siaran Radio Parlimen Thailand Yala pada 89.0MHz di Batu Feringgi, Pulau Pinang pada Disember 2013 apabila saya membuat "FM DX-ing" dalam kereta.

Tempat pemancaran IKIM FM 89.0MHz terletak di Gunung Jerai (LOWER).

Pada pandangan saya, oleh kerana frekuensi radio di wilayah utara Semenanjung Malaysia (Kedah) dah penuh, frekuensi Radio Parlimen Thailand Yala perlu 89.0MHz ditukar. Antara frekuensi yang boleh digunakan di wilayah Yala ialah: 101.5MHz, 104.6MHz atau 105.5MHz. Bagi saya, 105.5MHz ialah frekuensi yang paling sesuai untuk mereka.

Antara frekuensi kosong di Yala Thailand, 105.5MHz sangat seseuai kerana mempunyai jarak 200kHz dengan stesen berhampiran dengannya. Contoh: 105.7MHz Ai FM Telipot K. Bharu dan Kedah FM Gunung Raya.

Penggunaan frekuensi oleh stesen radio di Yala tidak boleh sama dengan stesen radio dari Gunung Jerai, Bukit Palong, Bukit Bakar, Telipot, Narathiwat. Jarak antaranya harus sekurang-kurangnya 200kHz.

Kawasan Kedah yang saling mengganggu antara IKIM.FM dengan Radio Parlimen Thailand ialah Sik Timur, dan Baling. Ini sebab penerimaan ikim.fm 89.0MHz lemah di Baling dan Seberang Prai Utara kerana mengelakkan pertindihan radio dengan Radio Parlimen Thailand.

Stesen radio lain di Gunung Jerai yang bertindih dengan radio dari wilayah Yala ialah:

1. RTM Radio Klasik 94.9MHz dengan Radio Thailand Yala 95.0MHz

2. THR Raaga 102.4MHz dengan MCOT Yala 102.5MHz

Perbezaan frekuensi hanya 100 kHz, kadar gangguan dan nisbah perlindungan lebih rendah daripada IKIM.FM. Gangguan antara dua buah radio kurang, walaupun masih ada.

Jika siaran Thai tersebut ditukar frekuensinya, penerimaan ikim fm 89.0MHz dari Gunung Jerai akan jelas di wilayah utara. Justeru, Perak Utara dan Pulau Pinang boleh menerima 89.0MHz dengan jelas. Mengenai siaran Thai tersebut, jika frekuensinya ditukar kepada 105.5MHz, Kedah-Perlis-Kelantan-Hulu Perak-sedikit bahagian Pulau Pinang masih boleh menerimanya, walaupun liputan utamanya hanya Yala-Narathiwat-Pattani. Selain itu, cadangan penambahan pemancar di Bukit Palong tidak deperlukan, manakala pemancar ikim fm 102.7MHz Bukit Genting juga tidak diperlukan jika 89.0MHz meliputi Pulau Pinang dengan jelas. Di kawasan Taiping boleh menerima 102.7MHz (Gunung Kledang Ipoh) atau 89.0MHz dengan jelas jika kedua-dua pemancar boleh meliputinya. Kemungkinan pemancar GAP FILLER di Bukit Larut (105.7MHz) untuk Taiping diperlukan jika penerimaan 102.7 atau 89.0 tidak jelas. 

No comments:

Post a Comment