Monday, 29 September 2014

IKIM.FM Kedah Timur (Baling, Sik)





Penerimaan ikim.fm 89.0MHz sangat lemah di Kedah Timur (Tenggara) kerana bertindih dengan Radio Parlimen Thailand Yala 89.0MHz dimana stesen Thai tersebut menggunakan frekuensi yang sama dengan ikim.fm Gunung Jerai. Walaupun Radio Parlimen Thailand Yala 89.0MHz tidak meliputi kawasan Kedah, tetapi ia boleh menyebabkan gangguan kepada liputan ikim.fm di Kedah Timur. Sebaliknya, ikim fm 89.0MHz Gunung Jerai boleh mengganggu kepada liputan Radio Parlimen Yala 89.0MHz di beberapa daerah Yala.

Di kawasan Perak Timur Laut, Pengkalan Hulu, Kelian Intan dan Gerik memang tidak boleh menerima siaran ikim.fm 89.0MHz dari Gunung Jerai, Kedah, dan 102.7MHz dari Gunung Kledang, Ipoh. Sebelum ini, saya pernah mengulas tentang frekuensi Taiping ikim.fm (105.7MHz). Walaupun ikim.fm mempunyai pemancar Taiping (Bukit Larut), pemancarannya tidak mesti sampai ke Gerik, Pengkalan Hulu dan Kelian Intan. Umumnya, pemancaran Bukit Larut hanya boleh sampai ke Lenggong sahaja.

Pada pandangan saya, ikim fm boleh menambah satu pemancar di Bukit Palong, bagi meliputi Baling, Sik, Pulau Pinang (Georgetown), Pengkalan Hulu, Gerik, Kelian Intan dan Selatan Thai seperti Yala dan Betong.

Contoh frekuensi yang boleh digunakan di Bukit Palong adalah: 103.1MHz, 103.9MHz, 105.5MHz.

102.7MHz- ikim.fm (Bukit Genting; Balik Pulau sahaja)
102.7MHz- Nasional FM (Bukit Dedap, Sik sahaja)
102.9MHz- Perlis FM (Padang Pauh; Perlis sahaja)
103.1MHz- <kosong>
103.3MHz- Radio Klasik (Bukit Larut; Taiping dan Perak Utara sahaja)
103.6MHz- ERA FM (Gunung Jerai; Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)
103.9MHz- <kosong>
104.1MHz- PERAK FM (Bukit Larut; Taiping dan Perak Utara sahaja)

105.1MHz- Kedah FM (Bukit Dedap; Sik sahaja)
105.3MHz- TRAXX FM (Bukit Larut; Taiping dan Perak Utara sahaja)
105.5MHz- <kosong; cadangan untuk ikim.fm Bukit Palong 2kW>
105.7MHz- ikim.fm Bukit Larut (cadangan; 0.25kW)
105.7MHz- Kedah FM (Gunung Raya, Langkawi dan Kedah Utara sahaja)
105.9MHz- TRAXX FM (Bukit Dedap; Sik sahaja)
106.1MHz- Ai FM (Bukit Larut; Taiping dan Perak Utara sahaja)

Dengan pemancar ikim FM Bukit Palong (contoh: 105.5MHz), Pengkalan Hulu, Kelian Intan, Yala, Gerik, Pulau Pinang (Georgetown, Butterworth, Seberang Perai Utara) boleh menerima siarannya dengan jelas. Frekuensi ikim.fm di Pulau Pinang ialah 102.7MHz dari Bukit Genting, tetapi pemancarannya hanya terhad untuk kawasan Balik Pulau dan Bayan Lepas. Penerimaan ikim.fm 102.7MHz di Georgetown, Seberang Prai, Jelutong dan Gelugor lemah, tetapi masih boleh tala kepada frekuensi dari Bukit Palong (contoh: 105.5MHz). Penerimaan ikim.fm dari Bukit Palong (cadangan: 105.5MHz) di Georgetown dan Pulau Pinang akan jelas daripada 89.0MHz dan 102.7MHz.

Jika ikim.fm Bukit Palong menggunakan kuasa pemancar 2kW, manakala kuasa pemancar Bukit Larut mengguanakan 0.25kW mungkin cukup (maksimum 0.5kW).

2 comments:

  1. bukan radio je, skrg MYTV pon kena letak pemancar repeater kat bukit palong. harap2 tahun ini 2019 diletakkan segera sebelum penutupan analog dijangka september 2019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang aku harap ada pemancar Bkt Palong untuk MYTV, tetapi mereka mungkin x de bajet nak teruskan projek DTT. Oleh itu, mereka guna DTH satelit.

      Delete