Friday, 2 October 2026

RTM Labuan FM 89.4MHz dari Bukit Timbalai diterima di Tamparuli, Sabah dengan melalui pemancaran bersifat troposfera (RTM Labuan FM 89.4MHz was tuned in Tamparuli, Sabah via tropospheric propagation)

 

 

RTM Labuan FM menyambut ulangtahun ke-40 pada tahun ini, ia ditubuhkan sejak tahun 1986. Stesen radio ini bersiaran di Wilayah Persekutuan Labuan pada dua frekuensi, iaitu FM 103.7MHz dari RTM Labuan dan FM 89.4MHz dari Bukit Timbalai. 

 

RTM Labuan FM celebrates 40th years anniversary this year, it was established since 1986. This radio station broadcasts in Federal Territory of Labuan on two frequencies, such as FM 103.7MHz from RTM Labuan and FM 89.4MHz from Bukit Timbalai.

 

Selain daripada Pulau Labuan, siaran radio RTM Labuan masih boleh didengari dengan isyarat sederhana di Menumbok, Sabah pada frekuensi FM 89.4MHz yang dipancar dari Bukit Timbalai. Walaupun kekuatan pemancar RTM Labuan FM (tanpa mengira 89.4MHz atau 103.7MHz) ialah 0.1kW sahaja, tetapi isyarat RTM Labuan FM 89.4MHz diterima di Tamparuli, Sabah beberapa bulan lepas oleh seorang peminat radio, iaitu Kisah Alkisah.

 

Other than Labuan Island, RTM Labuan FM can be tuned moderately in Menumbok, Sabah via Bukit Timbalai transmitter on the frequency FM 89.4MHz. Although the transmitter power of RTM Labuan FM (regardless 89.4MHz or 103.7MHz) is only 0.1kW, but this radio station was received in Tamparuli, Sabah few months ago by a Sabahan radio DXer, known as Kisah Alkisah.

 

 

Tamparuli terletak di Daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat, Sabah. Berdasarkan pada video tersebut, isyarat RTM Labuan FM 89.4MHz from Bukit Timbalai adalah lemah di Tamparuli, Sabah. Penerimaan siaran RTM Labuan FM 89.4MHz di Tamparuli adalah bersifat troposfera kerana ia tidak dapat diterima di Tamparuli dan mana-mana kawasan Pantai Barat Sabah (kecuali Menumbok) pada hari biasa (pemancaran bersifat normal).

 

Tamparuli is located in Tuaran District, West Coast Division of Sabah. According to the videos above, the signal of RTM Labuan FM 89.4MHz from Bukit Timbalai was very weak in Tamparuli, Sabah. The radio reception of RTM Labuan FM 89.4MHz in Tamparuli was considered as tropospheric propagation because it is not receivable in Tamparuli and elsewhere in Sabah (except Menumbok) during normal propagation.

 

Jika KK12FM 89.5MHz di Kota Kinabalu masih bersiaran pada hari ini, RTM Labuan FM 89.4MHz tidak akan diterima di Tamparuli, Sabah, manakala ia akan bertindih dengan KK12FM 89.5MHz di Menumbok.
 

If KK12FM 89.5MHz in Kota Kinabalu is still alive today, RTM Labuan FM 89.4MHz is not receivable in Tamparuli, meanwhile it will have interference with KK12FM 89.5MHz in Menumbok.

 

Tamparuli ialah kawasan yang paling jauh untuk menerima siaran RTM Labuan FM 89.4MHz di Sabah dengan jarak 152km dari Bukit Timbalai, sedangkan ia adalah pemancaran bersifat troposfera.

 

Tamparuli was the furthest location to tune RTM Labuan FM 89.4MHz in Sabah with 152km distance from Bukit Timbalai, whereas it was troposferic propagation.

 

==Penerimaan siaran RTM Labuan FM di Tamparuli, Sabah (Radio reception of RTM Labuan FM in Tamparuli, Sabah)== 

* Frekuensi/Frequency: FM 89.4MHz

* Kuasa pemancar/Transmitter power: 0.1kW

* Tempat pemancar/Transmitter location: Bukit Timbalai, Labuan

* Tempat penerima/Receiver location: Tamparuli, Sabah

* Jarak/Distance: 152km

 

==RTM Labuan FM 89.4MHz/103.7MHz @ Menumbok, Sabah (19th April 2026)== 

No comments:

Post a Comment