Friday, 19 June 2026

RTM Johor FM melimpah isyarat radio lagi ke Wilayah Borneo di Tamparuli, Sabah buat kali kedua dengan melalui pemancaran Sporadik-E pada frekuensi 101.9MHz dari Gunung Pulai


Beberapa bulan lepas, peminat radio dari Sabah, Kisah Alkisah telah menangkap isyarat RTM Johor FM 92.1MHz dari pemancar Bukit Tinggi di Tamparuli pada 14hb Februari 2026. Kini, beliau menangkap isyarat radio RTM Johor FM lagi di kawasan yang sama, tetapi frekuensi FM 101.9MHz dari Gunung Pulai.


Sama dengan FM 92.1MHz yang diterima pada 14hb Februari 2026, isyarat RTM Johor FM 101.9MHz dari pemancar Gunung Pulai di Tamparuli, Sabah ialah pemancaran bersifat Sporadik-E.


 


Isyarat RTM Johor FM 101.9MHz adalah sederhana lemah di Tamparuli, Sabah, tetapi ia hanya diterima sekejap sahaja, ia akan hilang kemudian. FM 101.9MHz tidak mempunyai sebarang isyarat di mana-mana kawasan Sabah pada kebanyakkan masa.


Tiada bunyi gangguan daripada stesen radio tempatan dikesan di Tamparuli, Sabah kerana tiada mana-mana stesen radio menggunakan frekuensi sekitar FM 101.9MHz (contoh: 101.8, 102.0, 102.1) di Kota Kinabalu, Sabah, tetapi ia mungkin mempunyai gangguan frekuensi daripada stesen radio Indonesia FM 102.0MHz semasa musim Sporadik E.


101.9MHz dari Gunung Pulai ialah frekuensi kedua RTM Johor FM diterima di Tamparuli, Sabah selepas 92.1MHz dari Bukit Tinggi.


Tahniah lagi kepada Kisah Alkisah kerana beliau telah menerima siaran radio Johor FM 101.9MHz di Tamparuli, Sabah.


==Penerimaan siaran Johor FM di Tamparuli, Sabah (19hb Jun 2026)==
* Frekuensi: FM 101.9MHz
* Kuasa pemancar: 2kW
* Tempat pemancar: Gunung Pulai, Johor
* Tempat penerima: Tamparuli, Sabah 
* Jarak: 1498km
* Jenis pemancaran: Sporadik-E


No comments:

Post a Comment