Walaupun frekuensi siaran radio Era FM Sarawak 101.3MHz meliputi Miri, Bekenu, Batu Niah, Marudi dan sebahagian Negara Brunei (Kuala Belait & Tutong), tetapi Era FM Sarawak 101.3MHz boleh diterima di Kota Kinabalu dan Tuaran, Sabah, tetapi bukan sepanjang masa.
Pada 19hb April 2026, saya berkunjung ke Kota Kinabalu dan beberapa kawasan di Negeri Sabah. Di Kota Kinabalu, saya meluangkan masa untuk bersiar-siar pada waktu senja, berjalan dari hotel ke kawasan Bulatan Ikan Marlin dengan membawa radio.
Di kawasan sekitar Bulatan Ikan Marlin, saya menerima isyarat siaran radio Era FM Sarawak pada frekuensi FM 101.3MHz dari pemancar Bukit Lambir yang meliputi Miri dan sebahagian Brunei.
Pada waktu itu, Era FM Sarawak memainkan lagu tanpa juruhebah radio (atau dikenali sebagai DJ) pada pukul 6 petang, oleh itu saya menunggu sehingga waktu jeda iklan. Apabila Era FM Sarawak mengudarakan iklan, saya merakam video isyarat Era FM Sarawak serta merta.
Isyarat radio Era FM Sarawak 101.3MHz adalah sederhana lemah di Kota Kinabalu pada waktu senja semasa matahari terbenam, tetapi saya mengklasifikasikan penerimaan isyarat radio Era FM Sarawak 101.3MHz di Kota Kinabalu sebagai pemancaran bersifat troposfera kerana Era FM Sarawak 101.3MHz tidak sentiasa boleh diterima di Kota Kinabalu sepanjang masa.
Jarak penerimaan siaran Era FM Sarawak 101.3MHz dari pemancar Bukit Lambir ke Pusat Bandar Kota Kinabalu ialah 299km.
==Penerimaan siaran Era FM Sarawak di Kota Kinabalu==
* Frekuensi: FM 101.3MHz
* Kuasa pemancar: 2kW
* Tempat pemancar: Bukit Lambir, Miri, Sarawak
* Tempat penerima: Jalan Tuan Fuad Stephens, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah (berdekatan dengan Bulatan Ikan Marlin)
* Jarak: 299km
* Tarikh/masa: 19hb April 2026 6:37 petang (Waktu Malaysia UTC+8)
Selain itu, saya pun menerima siaran Era FM Sarawak pada frekuensi yang sama (101.3MHz dari Bukit Lambir) di Tuaran, Sabah apabila saya memandu dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 21hb April 2026. Video dirakam pada waktu pagi (pukul 06:47 pagi) di Jambatan Batangan yang berdekatan dengan Sungai Tuaran, isyarat telah hilang selepas Sungai Tuaran.
Tiada isyarat boleh diterima di Kota Belud, Kudat dan Kota Marudu. Semasa perjalanan pulang ke Kota Kinabalu pada waktu tengah hari, saya tidak dapat menerima siaran Era FM Sarawak 101.3Mhz lagi di Tuaran kerana pemancaran radio di kawasan tersebut adalah bersifat troposfera.
Jarak dari pemancar Bukit Lambir ke Tuaran ialah 326km. Sebelum ini, peminat radio DXer dari Sabah bernama Kisah Alkisah pun menerima isyarat Era FM Sarawak 101.3MHz di Tuaran, Sabah.
Era FM Sarawak 101.3MHz dari Bukit Lambir (Miri) ialah stesen radio yang paling jauh diterima di Kota Kinabalu dan Tuaran, Sabah.





No comments:
Post a Comment