Tahukah anda? Siaran radio RTM Sarawak FM masih boleh diterima di sebahagian kecil Sabah pada frekuensi FM 101.5MHz dari Bukit Mas yang meliputi Limbang dan 97.5MHz dari Bukit Tiong yang meliputi Bandar Lawas.
Pada 8th November 2019, saya merakam isyarat radio RTM Sarawak FM 101.5MHz dan 97.5MHz di Sindumin dan Sipitang semasa perjalanan dari Lawas ke Kota Kinabalu.
Di Sindumin, RTM Sarawak FM masih jelas diterima pada 97.5MHz yang dipancar dari Bukit Tiong, manakala 97.5MHz tidak dapat diterima di Sipitang dan Beaufort, tetapi saya masih boleh mengikuti siaran RTM Sarawak FM di Sipitang pada frekuensi FM 101.5MHz yang dipancar dari Bukit Mas.
Setelah 6 tahun 5 bulan penerimaan siaran RTM Sarawak FM di Sipitang dan Sindumin, saya mendarat lagi di Wilayah Sabah untuk membuat rakaman video isyarat radio RTM Sarawak FM di kawasan yang baru, kini saya memberi tumpuan di kawasan Beaufort, Kundasang, Menumbok, and Kimanis.
1. Beaufort (105km)
2. Menumbok (74km)
3. Kimanis (138km)
4. Kundasang (222km)
5. Ranau (227km)
6. Tenom (112km)
RTM Sarawak FM 101.5MHz diterima dengan isyarat lemah di Kimanis, Beaufort, Menumbok, Kundasang, Ranau dan Tenom.
Dari Limbang ke Kota Kinabalu, RTM Sarawak FM 101.5MHz mula diganggu oleh Mix FM 101.6MHz yang dipancar dari Bukit Karatong di Bongawan dan Papar. Secara teknikal, RTM Sarawak FM 101.5MHz hanya boleh didengari sehingga Beaufort, manakala 97.5MHz boleh diterima sehingga Sindumin, tiada isyarat diterima selepas Sindumin apabila menuju ke Sipitang dan Beaufort.
Tiada isyarat boleh diterima di Keningau dan Tambunan, Sabah.
Secara keseluruhannya, RTM Sarawak FM hanya boleh didengari di sebahagian kecil Wilayah Sabah dengan frekuensi berikut:
* 97.5MHz Bukit Tiong Lawas: Sindumin
* 101.5MHz Bukit Mas Limbang: Sipitang, Menumbok, Beaufort

No comments:
Post a Comment