Untuk makluman, FM 92.1MHz dari Bukit Tinggi meliputi Johor Timur seperti Mersing, Jemaluang dan Endau.
Tamparuli ialah bandar kecil di Daerah Tuaran, Bahagian Pantai Barat, Sabah, jarak dari Kota Kinabalu ialah 39km.
Isyarat radio Johor FM 92.1MHz dari Bukit Tinggi yang diterima di Tamparuli, Sabah oleh Kisah Alkisah adalah pemancaran Sporadik-E. Jenis pemancaran radio Sporadik-E adalah limpahan isyarat radio yang luar biasa dan bersifat rawak. Isyarat radio Sporadik-E boleh melimpah dengan jarak lebih dari 1000km dari tempat pemancar, terdapat juga pemancaran radio Sporadik-E pada frekuensi FM boleh melimpah isyarat ke tempat penerimaan dengan jarak lebih dari 2000km.
Berdasarkan pada video atas berikut, isyarat Johor FM 92.1MHz di Tamparuli, Sabah ialah sederhana jelas sebelum lenyap apabila pemancaran Sporadik-E telah tamat.
Johor FM 92.1MHz hanya boleh diterima sekejap sahaja, frekuensi tersebut tiada mempunyai isyarat di Tamparuli, Sabah pada kebanyakkan masa.
Jarak dari pemancar Bukit Tinggi ke Tamparuli, Sabah ialah 1461km.
Semasa berlaku penerimaan siaran radio bersifat Sporadik-E, RTM Johor FM 92.1MHz dari Bukit Tinggi boleh didengari dengan jelas di Tamparuli, Sabah tanpa gangguan frekuensi daripada RTM Ai FM 91.9MHz dari pemancar Lawa Mandau.
Buat kali pertama Johor FM telah melimpah isyarat radio ke Wilayah Borneo di Tamparuli, Sabah pada frekuensi 92.1MHz dari Bukit Tinggi.
==Penerimaan siaran Johor FM di Tamparuli, Sabah==
* Frekuensi: FM 92.1MHz
* Kuasa pemancar: 1kW
* Tempat pemancar: Bukit Tinggi, Johor
* Tempat penerima: Tamparuli, Sabah
* Jarak: 1461km
* Jenis pemancaran: Sporadik-E
Frekuensi FM 92.1MHz di Tamparuli, Sabah ialah isyarat lemah siaran radio Nasional FM dari Bukit Trig yang meliputi Sandakan jika tiada perlakuan pemancaran radio Sporadik-E.
Tahniah kepada Kisah Alkisah kerana beliau telah menerima siaran radio Johor FM 92.1MHz di Tamparuli, Sabah.

No comments:
Post a Comment