Pada 3hb November 2025, Kool FM telah memperluaskan siarannya ke Melaka, Johor dan Ipoh dengan mengambil alih frekuensi Eight FM di negeri-negeri tersebut.
Kool FM kini boleh didengari di Ipoh pada frekuensi 87.6MHz, Melaka pada 88.1MHz dan Johor Bahru pada 105.3MHz.
Kini slogan Kool FM ialah Malaysia Dah Kool, tetapi PANTAI TIMUR BELUM KOOL lagi.
Buat masa sekarang, Kool FM belum lagi bersiaran di Pantai Timur seperti Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Terdapat orang bertanya adakah Kool FM akan menambah frekuensi di Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu selepas Kool FM mendarat di Ipoh, Melaka dan Johor Bahru.
Pada pandangan saya, dengan keadaan lesen penyiaran radio, penambahan frekuensi Kool FM di Pantai Timur adalah mustahil kerana Pantai Timur sudah mempunyai radio Molek FM.
Untuk makluman, Kool FM dan Molek FM berkongsi dengan satu lesen penyiaran radio di bawah naungan KOOL FM RADIO SDN BHD. Di bawah peraturan SKMM (MCMC), oleh kerana Molek FM sudah bersiaran di Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu, Kool FM tidak dibenarkan untuk bersiaran di kawasan tersebut dengan frekuensi baru, kecuali dibenarkan oleh SKMM.
Sama dengan THR Gegar dan Raaga, radio THR Gegar sudah bersiaran di Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu, oleh itu Raaga tidak dibenarkan untuk menambah frekuensi di Pantai Timur kerana Gegar dan Raaga berkongsi dengan satu lesen penyiaran di bawah naungan RADIO LEBUHRAYA SDN BHD.
Maka, Kool FM tidak akan bersiaran di Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu dengan frekuensi baru kerana Molek FM sudah bersiaran di kawasan situ.
Walaupun Kool FM pernah bersiaran di Kota Bharu dan Kuala Terengganu sebelum frekuensi diambil alih oleh Molek FM, tetapi Kool FM tidak akan kembali bersiaran di kawasan tersebut kerana SKMM hanya membenarkan satu stesen bersiaran di Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

No comments:
Post a Comment