Monday, 3 November 2025

Senarai kawasan Kool FM yang boleh didengari di Johor Selatan pada frekuensi FM 105.3MHz dari Johor Bahru.


 

Kool FM telah memperluaskan siarannya ke Ipoh, Melaka dan Johor Bahru dengan mengambil alih slot frekuensi daripada stesen radio Cina, iaitu Eight FM.


Eight FM telah menamatkan siarannya di Ipoh (87.6), Melaka/Johor Utara (88.1) dan Johor Bahru (105.3) pada 27hb Oktober 2025.


Kool FM sekarang boleh didengari di Johor Bahru pada frekuensi 105.3MHz, tetapi kawasan liputan dia tidak luas seperti Hot FM 90.1MHz kerana Kool FM 105.3MHz dipancar dari TM Taman Sentosa di Bandar Johor Bahru dengan kuasa pemancar rendah.


Gunung Pulai boleh meliputi Daerah Johor Bahru, Kulaijaya Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat Selatan, tetapi TM Taman Sentosa di Johor Bahru hanya meliputi Bandar Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.


Di sini saya membuat satu senarai mengenai kawasan Johor Selatan yang boleh menerima siaran Kool FM 105.3MHz, berdasarkan pada video isyarat Eight FM 105.3MHz yang saya rakam di Johor Selatan dari Februari 2025 sehingga Jun 2025 dengan beberapa buah lokasi.


1. Johor Bahru


2. Pasir Gudang


3. Skudai


4. Senai


5. Ulu Tiram


6. Iskandar Puteri


7. Gelang Patah

 


8. Kulai


9. Bandar Penawar


10. Pengerang

Untuk kawasan Kulai, Iskandar Puteri dan Gelang Patah, pendengar boleh mengikuti siaran Kool FM lebih jelas pada frekuensi FM 88.1MHz dari Gunung Ledang. 


Di Kulai, siaran Kool FM 105.3MHz dari Taman Sentosa JB akan mempunyai gangguan frekuensi dengan RTM Johor FM 105.3MHz dari Gunung Ledang.


Siaran Kool FM tidak akan didengari di Singapura pada frekuensi FM 105.3MHz kerana pemancar Taman Sentosa tidak menghala ke arah selatan, oleh itu pendengar Kool FM tidak akan mendengar siaran ini dengan jelas di kawasan JB yang berhampiran dengan Woodlands. Pada 7hb Jun 2025, saya menguji frekuensi FM 105.3MHz di kawasan sekitar Johor Bahru City Square, isyarat kurang jelas. Pada zaman era Eight FM dan One FM, terdapat pendengar berkata bahawa frekuensi FM 105.3MHz jadi lemah di CIQ Johor Bahru (Pusat Pemeriksaan Johor Bahru) sebelum bergerak ke Singapura. Selepas berlepas dari Woodlands Checkpoint di Singapura, frekuensi FM 105.3MHz tiada isyarat apabila berada di Singapura.

No comments:

Post a Comment