Monday, 3 November 2025

Senarai kawasan Kool FM yang boleh didengari di Perak pada frekuensi FM 87.6MHz dari Gunung Kledang IPOH.

Kini siaran Kool FM boleh didengari di Ipoh, Perak pada frekuensi FM 87.6MHz yang dipancar dari Gunung Kledang.


Frekuensi 87.6MHz digunakan oleh stesen radio Eight FM sebelum 27hb Oktober 2025.


Di sini terdapat kawasan yang boleh menerima siaran Kool FM 87.6MHz di negeri Perak.


1. Ipoh

2. Kampar

3. Gopeng

4. Kuala Kangsar

5. Sauk

6. Lenggong

7. Manong

8. Parit

9. Seri Iskandar

10. Bota

11. Sitiawan

12. Lumut

13. Batu Gajah

14. Teronoh

15. Tanjung Tualang

16. Tapah (kurang jelas)

17. Temoh

18. Chenderiang (kurang jelas)

19. Pangkor

20. Seri Manjung

21. Pantai Remis

22. Bidor

23. Sungkai

24. Terolak

25. Slim River (kurang jelas)

26. Behrang (lemah)

27. Tanjung Malim (lemah)

28. Teluk Intan

29. Langkap

30. Chenderong Balai

31. Kampung Gajah

32. Bagan Datuk

33. Hutan Melintang

34. Sungai Sumun

35. Selekoh

36. Ulu Bernam (lemah)

37. Enggor (kurang jelas)

38. Sungai Siput (U) (lemah)

39. Padang Rengas

40. Simpang Pulai

41. Malim Nawar

42. Jeram

43. Changkat Keruing

44. Ayer Tawar

45. Beruas

46. Mambang Di Awan

47. Lambor Kanan

48. Ulu Kinta

49. Chemor

50. Tapah Road


Kool FM boleh didengari di Taiping, Semanggol, Kuala Sepetang, Pengkalan Hulu, Selama, Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau, dan Tanjung Piandang pada frekuensi FM 90.2MHz dari Bukit Penara.


Di Selangor, kawasan Sungai Besar, Sungai Ayer Tawar dan Sabak Bernam boleh menerima siaran Kool FM 87.6MHz.


Selain itu, siaran Kool FM 87.6MHz pun boleh didengari di Cameron Highlands (Pahang) dan sebahagian kecil Lojing (Kelantan).

Senarai kawasan Kool FM yang boleh didengari di Johor Selatan pada frekuensi FM 105.3MHz dari Johor Bahru.

 

Kool FM telah memperluaskan siarannya ke Ipoh, Melaka dan Johor Bahru dengan mengambil alih slot frekuensi daripada stesen radio Cina, iaitu Eight FM.


Eight FM telah menamatkan siarannya di Ipoh (87.6), Melaka/Johor Utara (88.1) dan Johor Bahru (105.3) pada 27hb Oktober 2025.


Kool FM sekarang boleh didengari di Johor Bahru pada frekuensi 105.3MHz, tetapi kawasan liputan dia tidak luas seperti Hot FM 90.1MHz kerana Kool FM 105.3MHz dipancar dari TM Taman Sentosa di Bandar Johor Bahru dengan kuasa pemancar rendah.


Gunung Pulai boleh meliputi Daerah Johor Bahru, Kulaijaya Pontian, Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat Selatan, tetapi TM Taman Sentosa di Johor Bahru hanya meliputi Bandar Johor Bahru dan kawasan sekitarnya.


Di sini saya membuat satu senarai mengenai kawasan Johor Selatan yang boleh menerima siaran Kool FM 105.3MHz, berdasarkan pada video isyarat Eight FM 105.3MHz yang saya rakam di Johor Selatan dari Februari 2025 sehingga Jun 2025 dengan beberapa buah lokasi.


1. Johor Bahru


2. Pasir Gudang


3. Skudai


4. Senai


5. Ulu Tiram


6. Iskandar Puteri


7. Gelang Patah

 


8. Kulai


9. Bandar Penawar


10. Pengerang

Untuk kawasan Kulai, Iskandar Puteri dan Gelang Patah, pendengar boleh mengikuti siaran Kool FM lebih jelas pada frekuensi FM 88.1MHz dari Gunung Ledang. 


Di Kulai, siaran Kool FM 105.3MHz dari Taman Sentosa JB akan mempunyai gangguan frekuensi dengan RTM Johor FM 105.3MHz dari Gunung Ledang.


Siaran Kool FM tidak akan didengari di Singapura pada frekuensi FM 105.3MHz kerana pemancar Taman Sentosa tidak menghala ke arah selatan, oleh itu pendengar Kool FM tidak akan mendengar siaran ini dengan jelas di kawasan JB yang berhampiran dengan Woodlands. Pada 7hb Jun 2025, saya menguji frekuensi FM 105.3MHz di kawasan sekitar Johor Bahru City Square, isyarat kurang jelas. Pada zaman era Eight FM dan One FM, terdapat pendengar berkata bahawa frekuensi FM 105.3MHz jadi lemah di CIQ Johor Bahru (Pusat Pemeriksaan Johor Bahru) sebelum bergerak ke Singapura. Selepas berlepas dari Woodlands Checkpoint di Singapura, frekuensi FM 105.3MHz tiada isyarat apabila berada di Singapura.