Sunday, 29 June 2025

RTM Selangor FM masih boleh diterima di kawasan Pahang Tengah pada frekuensi FM 100.9MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali, sehingga Chenor.


Di negeri Pahang, RTM Selangor FM 100.9MHz boleh didengari dengan jelas di kawasan Pahang Barat seperti Bentong, Kuala Lipis, Karak, dan Lanchang, tetapi siaran radio ini masih boleh diikuti di Pahang Tengah pada frekuensi yang sama, walaupun kawasan ini bukan liputan utama RTM Selangor FM 100.9MHz.


Selangor FM 100.9MHz boleh diterima dengan isyarat sederhana di Temerloh, Mentakab, Lanchang, Kuala Krau, Chenor dan Jengka, manakala isyarat menjadi sangat lemah di Maran.

Dari Kuala Lumpur ke Kuantan, RTM Selangor FM 100.9MHz cuma boleh didengari dengan jelas sehingga Chenor, manakala siaran radio ini sudah diterima di Maran, Pahang.

Isyarat hilang selepas kawasan Maran apabila bersinggah ke Kuantan.

Di kawasan Maran, berbanding dengan RTM Radio Klasik FM 98.3MHz, Pahang FM 107.5MHz atau Hot FM 97.6MHz yang juga dipancar dari Gunung Ulu Kali, RTM Selangor FM 100.9MHz ialah stesen radio dari Gunung Ulu Kali yang paling lemah diterima di Maran kerana ia menghala ke arah Selangor dan Kuala Lumpur sahaja.

Terdapat rakaman video saya yang menerima RTM Selangor FM 100.9MHz di 5 buah kawasan Pahang Tengah dari Julai 2023 dan terkini.

1. Jengka (92km)

2. Bandar Bera (75km)

3. Maran (111km)

4. Chenor (88km)

5. Temerloh (71km)

Pendengar di Pahang Barat dan Pahang Tengah boleh mengikuti siaran RTM Selangor FM untuk mendapat maklumat terikini mengenai perkembangan negeri Selangor dan hiburan pada frekuensi FM 100.9MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali.

No comments:

Post a Comment