Siaran radio RTM Melaka FM 102.3MHz dari pemancar Gunung Ledang kini boleh didengari di kawasan Pahang Tengah seperti Temerloh, Chenor, Kuala Krau, Jengka dan Mentakab dengan isyarat sederhana setelah RTM menaiktaraf pemancar radio di Gunung Ledang.
Sebelum ini, siaran radio Melaka FM 102.3MHz boleh didengari di Keratong dan Muadzam Shah sahaja untuk negeri Pahang, manakala stesen radio ini kurang jelas diterima di Bandar Bera, Teriang dan Kemayan akibat gangguan frekuensi dengan Pahang FM 102.2MHz yang dipancar dari Bukit Fraser.
Pada bulan Jun 2025, RTM telah menaiktaraf pemancar radio di Gunung Ledang, ini menyebabkan siaran Melaka FM 102.3MHz boleh didengari di kawasan Pahang Tengah sejak kebelakangan ini.
Di Temerloh dan Chenor, siaran Melaka FM 102.3MHz masih boleh diikuti dengan jelas, tetapi terdapat gangguan frekuensi dengan RTM Pahang FM 102.2MHz dari Bukit Fraser, cuma gangguan masih boleh dikawal lagi.
Berbanding antara Pahang FM 102.2MHz dan Melaka FM 102.3MHz di Temerloh dan Chenor, isyarat radio Melaka FM 102.3MHz lebih kuat daripada Pahang FM 102.2MHz secara keseluruhannya.
Kuasa pemancar Melaka FM 102.3MHz masih kekal pada 1kW, siarannya semakin luas di negeri Pahang akibat sistem antenna pemancar dia yang baru dan baik.
Setelah pemancar radio RTM Gunung Ledang dinaiktaraf, Melaka FM 102.3MHz boleh didengari lebih jelas di Bandar Bera, Teriang, dan Kemayan, namun pendengar di Kuala Krau dan Jengka pun boleh mengikuti siaran Melaka FM pada frekuensi yang sama untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan negeri Melaka serta hiburan.
RTM Pahang FM 102.2MHz dari Bukit Fraser diganggu oleh Melaka FM 102.3MHz dari Gunung Ledang di Mentakab, Lanchang, Temerloh, Chenor, Bandar Bera, Teriang dan Kemayan, tetapi Pahang FM boleh diterima dengan jelas pada frekuensi 107.5MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali. Frekuensi 102.2MHz hanya meliputi kawasan Raub dan sebahagian Lipis.
==Penerimaan siaran radio Melaka FM 102.3MHz di Pahang Tengah==
1. Temerloh (122km)
2. Chenor (125km)
No comments:
Post a Comment