Friday, 7 February 2025

RTM Muzik FM boleh disambung siar di stesen radio negeri/tempatan RTM dari 12 tengah malam sehingga 6 pagi


Pada masa kini, kesemua stesen radio negeri RTM (kecuali KL FM, Perlis FM, Sabah FM dan Sarawak FM) menyambung siaran radio Nasional FM dari 12am ke 6am, manakala Perlis FM menyambung siar Radio Klasik.

Sedangkan Nasional FM boleh didengari di mana-mana pada platform frekuensi sekarang, ia menyebabkan pertindihan (duplication) apabila stesen radio negeri RTM dan Nasional FM bersiaran kandungan yang sama. 


Muzik FM dilancarkan semula sebagai stesen radio online pada 13hb Februari 2024 sempena Hari Radio Sedunia. Pada pandangan saya, Muzik FM boleh menjadikan stesen radio FM dengan disambung siar di stesen radio negeri/tempatan RTM.


Stesen negeri radio RTM boleh menyambung siar Muzik FM dari 12 tengah malam sehingga 6 pagi, manakala stesen radio Labuan FM, dan stesen radio tempatan Sabah (Tawau FM, Keningau FM, Sandakan FM) boleh menyambung siar Muzik FM dari 7 malam sehingga 6 pagi.

 

Langkawi FM tidak perlu menyambung siar Muzik FM kerana Kedah FM mempunyai frekuensi Langkawi pada 105.7MHz.

 


==Cadangan saya mengenai sambung siar Muzik FM di radio tempatan RTM==


12 tengah malam sehingga 6 pagi

* Perlis FM
* Kedah FM
* Mutiara FM
* Perak FM
* Selangor FM
* Pahang FM
* Kelantan FM
* Terengganu FM
* Negeri FM
* Melaka FM
* Johor FM

7 malam sehingga 6 pagi
* Labuan FM


No comments:

Post a Comment