Tuesday 1 October 2024

Bemban ialah kawasan #1 saya di Daerah Jasin, Melaka untuk menerima siaran Pahang FM 107.5MHz dan Selangor FM 100.9MHz yang dipancar dari Gunung Ulu Kali

Pada 29hb September 2024, saya pergi ke Pontian dan Pekan Nanas, Johor untuk aktiviti radio DXing.


Semasa perjalanan pulang dari Pontian ke Balakong (Selangor), saya berhenti di Hentian Sebelah Kampung Bemban, Melaka untuk berehat seketika. Pada masa yang sama, saya cuba menerima siaran Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz di Bemban, Melaka.


Isyarat sangat lemah bagi kedua-dua stesen radio tersebut, tetapi Pahang FM 107.5MHz mempunyai gangguan frekuensi daripada Melody FM 107.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz yang dipancar dari Gunung Ledang, manakala Selangor FM 100.9MHz tiada mempunyai gangguan frekuensi seperti Pahang FM 107.5MHz apabila saya mendengar di Bemban, Melaka.


Jarak penerimaan siaran Pahang FM 107.5MHz dan Selangor FM 100.9MHz dari Gunung Ulu Kali ke Bemban ialah 144km.


Sebelum ini, saya tidak pernah membuat rakaman video siaran Pahang FM dan Selangor FM di kawasan Daerah Jasin, Melaka kerana saya tahu bahawa kedua-dua stesen radio tidak dapat diterima di Jasin, Merlimau, Bemban, Asahan dan Sungai Rambai, tetapi saya boleh menerima siaran radio Pahang FM dan Selangor FM di Bemban, Melaka. Oleh itu, Bemban ialah kawasan pertama saya untuk menerima siaran Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz di Daerah Jasin, Melaka. Selain itu, Bemban juga ialah kawasan Melaka terbaru dimana saya menerima siaran Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz selepas Bandar Hilir dan Tanjung Kling.

No comments:

Post a Comment