Siaran RTM Kelantan FM mempunyai frekuensi Besut di negeri Terengganu 107.1MHz yang dipancar dari Bukit Bintang. Secara teknikal, RTM Kelantan FM 107.1MHz dari pemancar Bukit Bintang khususnya meliputi kawasan Jajahan Pasir Puteh (seperti Bukit Yong dan Kampung Bukit Abal) yang tidak dapat menerima siaran Kelantan FM pada frekuensi FM 97.3MHz dari Bukit Bakar dengan jelas. Selain itu, kebanyakan penduduk Besut bercakap bahasa loghat Kelantan (Kelate) daripada bahasa Terengganu, kawasan Besut menjadi kawasan tumpuan pemancar Kelantan FM 107.1MHz.
Walaupun Kelantan FM boleh didengari di Besut pada frekuensi 97.3MHz dari Bukit Bakar, tetapi pendengar mungkin boleh mendengar bunyi gangguan frekuensi daripada Traxx FM 97.0MHz dari Bukit Bintang yang meliputi Besut dan Setiu dengan radio yang murah, oleh itu FM 107.1MHz Bukit Bintang menyelesaikan masalah gangguan frekuensi, sedangkan fokus utama pemancar Kelantan FM 107.1MHz ialah meliputi titik buta pemancar FM 97.3MHz Bukit Bakar di Jajahan Pasir Puteh.
Di negeri Terengganu, Kelantan FM 107.1MHz dari Bukit Bintang meliputi Jerteh, Kampung Raja, Kuala Besut dan Bandar Permaisuri, tetapi Kelantan FM 107.1MHz tidak meliputi seluruh daerah Besut kerana kawasan Hulu Besut tidak dapat menerima isyarat Bukit Bintang kerana Hulu Besut terhalang oleh gunung-ganang.
Hulu Besut meliputi Felda Tenang, Kampung Pasir Badak, Kampung La, Kampung Temalung, dan Keruak.
Stesen RTM Radio Klasik mempunyai pemancar jurang di Hulu Besut pada frekuensi FM 91.0MHz untuk Felda Tenang dan FM 89.7MHz untuk Keruak, RTM Terengganu FM mempunyai pemancar di Felda Tenang pada frekuensi FM 88.9MHz. Walaupun Kelantan FM mempunyai frekuensi Besut 107.1MHz dari Bukit Bintang untuk kawasan Pasir Puteh, tetapi Kelantan FM tidak mempunyai pemancar jurang di Hulu Keruak dan Felda Tenang seperti Radio Klasik kerana kawasan pedalaman di Hulu Besut terletak di negeri Terengganu.
Saya ingin tahu sama ada siaran Kelantan FM boleh didengari di Hulu Besut atau tidak dengan frekuensi FM 97.3MHz dan FM 107.1MHz, tetapi saya belum mempunyai peluang untuk bersinggah ke Felda Tenang dan Keruak pada masa terdekat atas sebab perancangan saya. Oleh itu, saya membuat ramalan liputan siaran Kelantan FM 107.1MHz dan 97.3MHz di Hulu Besut dengan simulasi liputan pemancar Kelantan FM.
Artikel ini lebih kukuh sekiranya saya boleh membuat rakaman video isyarat Kelantan FM 107.1MHz dan 97.3MHz di Hulu Besut, Terengganu.
Kekuatan medan minimum untuk isyarat stereo ialah 54dBµV/m, manakala isyarat mono/lemah ialah 30dBµV/m.
Kawasan berlorek warna hijau adalah isyarat kekuatan medan 54dBµV/m ke atas, manakala kuning ialah 30 hingga 53dBµV/m.
==Peta simulasi liputan pemancar Kelantan FM 107.1MHz (Bukit Bintang)==
==Peta simulasi liputan pemancar Kelantan FM 97.3MHz (Bukit Bakar)==
Berdasarkan pada peta simulasi liputan radio Kelantan FM 97.3MHz dan 107.1MHz di Hulu Besut, pendengar Kelantan FM tidak boleh menerima siaran jelas di Keruak, Felda Tenang dan Kampung La pada frekuensi FM 107.1MHz, manakala FM 97.3MHz dari Bukit Bakar Machang masih mempunyai liputan di Hulu Besut.
Dari Bandar Jerteh ke Keruak, isyarat Kelantan FM 107.1MHz hanya boleh diterima sehingga Kampung Pasir Akar, isyarat lemah didengari dari Kampung Pasir Akar ke Keruak, tetapi Kelantan FM 97.3MHz masih boleh diterima dengan jelas semasa perjalanan dari Bandar Jerteh ke Kampung Keruak. Ini bermakna pendengar Kelantan FM perlu menala frekuensi daripada FM 107.1MHz kepada FM 97.3MHz apabila memasuki kawasan Hulu Besut, Terengganu.
Lihat pada peta simulasi liputan siaran Kelantan FM 97.3MHz di Hulu Besut, Terengganu, kawasan Felda Tenang, Kampung Pasir Badak, Kampung La, Kampung Temalung, dan Keruak menerima siaran Kelantan FM pada frekuensi FM 97.3MHz.
Secara keseluruhannya, Kelantan FM 97.3MHz mempunyai lebih liputan isyaratnya daripada FM 107.1MHz di kawasan Hulu Besut.
Kesimpulannya, Kelantan FM di Hulu Besut diterima siarannya pada frekuensi FM 97.3MHz dari pemancar Bukit Bakar.
No comments:
Post a Comment