Kepada pendengar RTM Nasional FM di kawasan barat laut negeri Melaka seperti Masjid Tanah, Sungai Udang, Kuala Sungai Baru dan Lubuk Cina,
Frekuensi Nasional FM di negeri Melaka ialah 96.6MHz yang dipancar dari Gunung Ledang, tetapi terdapat gangguan frekuensi dengan Sinar FM 96.7MHz dari Gunung Ulu Kali dikesan di Masjid Tanah, Sungai Udang, Kuala Sungai Baru dan Lubuk Cina.
Hal ini kerana pemancaran Sinar FM 96.7MHz dari Gunung Ulu Kali melimpah isyarat ke kawasan Melaka dan menyebabkan Nasional FM 96.6MHz diganggu di barat laut Melaka, jarak frekuensi antara Nasional FM 96.6MHz dan Sinar FM 96.7MHz cuma 100kHz.
Secara alternatif, RTM Nasional FM di kawasan Masjid Tanah, Lubuk Cina, Sungai Udang dan Kuala Sungai Baru boleh didengari dengan jelas pada frekuensi 91.7MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk yang khususnya untuk Negeri Sembilan apabila 96.6MHz diganggu oleh Sinar FM 96.7MHz.
FM 91.7MHz ialah frekuensi alternatif Nasional FM di Melaka Barat Laut.
Nasional FM 95.3MHz dari Gunung Ulu Kali masih boleh didengari di Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru, Sungai Udang dan Lubuk Cina, tetapi isyarat tidak sejelas seperti 91.7MHz.
Terdapat video isyarat Nasional FM 91.7MHz dirakam di 4 buah kawasan Melaka Barat Laut.
1. Kuala Sungai Baru (53km)
2. Masjid Tanah (55km)
3. Sungai Udang (61km)
No comments:
Post a Comment