Saturday 24 August 2024

Frekuensi Kelantan FM di Hulu Besut, Terengganu (versi simulasi)

  

Siaran RTM Kelantan FM mempunyai frekuensi Besut di negeri Terengganu 107.1MHz yang dipancar dari Bukit Bintang. Secara teknikal, RTM Kelantan FM 107.1MHz dari pemancar Bukit Bintang khususnya meliputi kawasan Jajahan Pasir Puteh (seperti Bukit Yong dan Kampung Bukit Abal) yang tidak dapat menerima siaran Kelantan FM pada frekuensi FM 97.3MHz dari Bukit Bakar dengan jelas. Selain itu, kebanyakan penduduk Besut bercakap bahasa loghat Kelantan (Kelate) daripada bahasa Terengganu, kawasan Besut menjadi kawasan tumpuan pemancar Kelantan FM 107.1MHz. 

 

Walaupun Kelantan FM boleh didengari di Besut pada frekuensi 97.3MHz dari Bukit Bakar, tetapi pendengar mungkin boleh mendengar bunyi gangguan frekuensi daripada Traxx FM 97.0MHz dari Bukit Bintang yang meliputi Besut dan Setiu dengan radio yang murah, oleh itu FM 107.1MHz Bukit Bintang menyelesaikan masalah gangguan frekuensi, sedangkan fokus utama pemancar Kelantan FM 107.1MHz ialah meliputi titik buta pemancar FM 97.3MHz Bukit Bakar di Jajahan Pasir Puteh.

 

Di negeri Terengganu, Kelantan FM 107.1MHz dari Bukit Bintang meliputi Jerteh, Kampung Raja, Kuala Besut dan Bandar Permaisuri, tetapi Kelantan FM 107.1MHz tidak meliputi seluruh daerah Besut kerana kawasan Hulu Besut tidak dapat menerima isyarat Bukit Bintang kerana Hulu Besut terhalang oleh gunung-ganang.

 

Hulu Besut meliputi Felda Tenang, Kampung Pasir Badak, Kampung La, Kampung Temalung, dan Keruak.

 

Stesen RTM Radio Klasik mempunyai pemancar jurang di Hulu Besut pada frekuensi FM 91.0MHz untuk Felda Tenang dan FM 89.7MHz untuk Keruak, RTM Terengganu FM mempunyai pemancar di Felda Tenang pada frekuensi FM 88.9MHz. Walaupun Kelantan FM mempunyai frekuensi Besut 107.1MHz dari Bukit Bintang untuk kawasan Pasir Puteh, tetapi Kelantan FM tidak mempunyai pemancar jurang di Hulu Keruak dan Felda Tenang seperti Radio Klasik kerana kawasan pedalaman di Hulu Besut terletak di negeri Terengganu.

 

Saya ingin tahu sama ada siaran Kelantan FM boleh didengari di Hulu Besut atau tidak dengan frekuensi FM 97.3MHz dan FM 107.1MHz, tetapi saya belum mempunyai peluang untuk bersinggah ke Felda Tenang dan Keruak pada masa terdekat atas sebab perancangan saya. Oleh itu, saya membuat ramalan liputan siaran Kelantan FM 107.1MHz dan 97.3MHz di Hulu Besut dengan simulasi liputan pemancar Kelantan FM.

 

Artikel ini lebih kukuh sekiranya saya boleh membuat rakaman video isyarat Kelantan FM 107.1MHz dan 97.3MHz di Hulu Besut, Terengganu.

 

Kekuatan medan minimum untuk isyarat stereo ialah 54dBµV/m, manakala isyarat mono/lemah ialah 30dBµV/m. 


Kawasan berlorek warna hijau adalah isyarat kekuatan medan 54dBµV/m ke atas, manakala kuning ialah 30 hingga 53dBµV/m.


==Peta simulasi liputan pemancar Kelantan FM 107.1MHz (Bukit Bintang)==



==Peta simulasi liputan pemancar Kelantan FM 97.3MHz (Bukit Bakar)==



 

 

Berdasarkan pada peta simulasi liputan radio Kelantan FM 97.3MHz dan 107.1MHz di Hulu Besut, pendengar Kelantan FM tidak boleh menerima siaran jelas di Keruak, Felda Tenang dan Kampung La pada frekuensi FM 107.1MHz, manakala FM 97.3MHz dari Bukit Bakar Machang masih mempunyai liputan di Hulu Besut.

 

Dari Bandar Jerteh ke Keruak, isyarat Kelantan FM 107.1MHz hanya boleh diterima sehingga Kampung Pasir Akar, isyarat lemah didengari dari Kampung Pasir Akar ke Keruak, tetapi Kelantan FM 97.3MHz masih boleh diterima dengan jelas semasa perjalanan dari Bandar Jerteh ke Kampung Keruak. Ini bermakna pendengar Kelantan FM perlu menala frekuensi daripada FM 107.1MHz kepada FM 97.3MHz apabila memasuki kawasan Hulu Besut, Terengganu.

 

Lihat pada peta simulasi liputan siaran Kelantan FM 97.3MHz di Hulu Besut, Terengganu, kawasan Felda Tenang, Kampung Pasir Badak, Kampung La, Kampung Temalung, dan Keruak menerima siaran Kelantan FM pada frekuensi FM 97.3MHz.

 

Secara keseluruhannya, Kelantan FM 97.3MHz mempunyai lebih liputan isyaratnya daripada FM 107.1MHz di kawasan Hulu Besut.

 

Kesimpulannya, Kelantan FM di Hulu Besut diterima siarannya pada frekuensi FM 97.3MHz dari pemancar Bukit Bakar.

Sunday 18 August 2024

RTM Kelantan FM harus memainkan peranan penting dengan mesej kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan dan melawan fitnah jahat PAS supaya Kelantan ada perubahan.

Negeri Kelantan telah diperintah oleh PAS selama 34 tahun sejak 1990, tetapi kemajuan negeri Kelantan semakin berundur sejak kebelakangan ini, disebabkan oleh salah urus kerajaan negeri tersebut. Bekalan air yang kotor dan aktiviti pembalakan yang tidak dikawal selalu berlaku.


Walaupun masalah ini selalu berlaku di Kelantan dan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati terhadap kerajaan negeri, tetapi mereka masih menyokongnya atas sebab mereka termakan propaganda jahat oleh parti tersebut.


Untuk memajukan Kelantan, perubahan terhadap kerajaan negeri harus diperlukan. Oleh itu, penerangan itu sangat penting untuk melakukan sebarang perubahan. 

 

Pada 17hb Ogos 2024, calon pembangkang negeri Kelantan daripada Barisan Nasional (BN) telah menang dalam PRK DUN Nenggiri. Sebelum ini, DUN Nenggiri dimiliki oleh Perikatan Nasional (PN). Dari tahun 2023 sehingga kini, inilah kali pertama berlakunya perubahan parti politik dalam pilihan raya kecil daripada PN kepada BN.


Selain daripada media sosial, sebenarnya radio memainkan peranan penting kepada rakyat dengan memberi penerangan. Membetulkan minda rakyat tempatan negeri Kelantan dengan platform radio harus diutamakan supaya orang tempatan boleh memberi penerangan betul dengan melalui radio kepada anak perantau supaya anak perantau tidak terus termakan fitnah jahat.

Sebagai salah satu buah stesen radio negeri RTM (Radio Televisyen Malaysia) yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia (kerajaan pusat), RTM Kelantan FM harus memainkan lebih peranan yang penting untuk rakyat tempatan di negeri Kelantan.

 

RTM Kelantan FM harus melakukan penerangan kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan dengen lebih konsisten supaya memberi kesedaran kepada orang ramai. Kelantan FM boleh mengadakan kandungan progresif di programnya. Di samping itu, rakyat Kelantan boleh menyedari bahawa apa kejayaan telah dilakukan oleh kerajaan pusat yang diperintah oleh Parti Perpaduan (PH + BN + GPS + GRS) dengan polisinya.

 

Selain daripada hiburan, informasi dan berita, RTM Kelantan FM boleh dijadikan stesen radio bagi membetulkan minda rakyat Kelantan dengan semak fakta untuk membanteras fitnah supaya rakyat Kelantan tidak lagi termakan propaganda jahat dimana terdapat maklumat penipuan oleh parti tersebut dengan melalui agama untuk menutup kejahatan parti. Propaganda palsu dan jahat telah berada di Kelantan selama lebih 8 tahun.


Di luar radio, Kelantan FM boleh memainkan peranan penting di media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan X (Twitter).


==Bab pemancar frekuensi Kelantan FM==

Terdapat kawasan Kelantan tiada liputan Kelantan FM yang jelas atas fakta geografi.


FM 97.3MHz Bukit Bakar adalah pemancar utama Kelantan FM kerana ia meliputi seluruh negeri Kelantan secara am. Setakat ini, kuasa pemancar Kelantan FM 97.3MHz di Bukit Bakar ialah 2 kilowatt. Untuk meliputi kawasan Kelantan dengan lebih jelas, Kelantan FM 97.3MHz boleh ditambah kuasa pemancar Bukit Bakar kepada 5 kilowatt.


Dengan kuasa pemancar 5 kilowatt (5kW), Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar boleh didengari lebih jelas di kawasan pedalaman Kelantan seperti Dabong, Kuala Balah, Rantau Manis dan Limau Kasturi. Selain itu, FM 97.3MHz Bukit Bakar dengan kuasa pemancar 5kW boleh menyelesaikan masalah pemancaran Kelantan FM 107.2MHz di Dabong dimana frekuensi FM 107.2MHz selalu putus siaran.


Selain itu, Kelantan FM boleh menambah kuasa pemancar dari 0.1kW kepada 0.5kW untuk pemancar FM 90.0MHz Bukit Tangki Air di Jeli dan FM 92.0MHz Bukit Chupak di Bandar Gua Musang supaya penduduk di kawasan-kawasan ini boleh menerima siaran ini lebih jelas.

Monday 12 August 2024

Transmission status of Radio Republik Indonesia RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz

Radio Republik Indonesia (RRI) operates 3 radio stations in Batam region, PRO-1 on FM 105.1MHz, PRO-2 on FM 105.5MHz and PRO-3 on FM 90.9MHz.




In the past, three radio stations were transmitted from TVRI Batam in Sekpuang, Indonesia, but RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz operated low power transmitter at 0.03kW, meanwhile PRO-1 FM 105.1MHz and PRO-2 FM 105.5MHz operate at 5kW transmitter power.


Q: Why does it happen?


A: Radio Republik Indonesia RRI Batam PRO-3 uses same frequency with Malaysia's RTM Nasional FM 90.9MHz Bukit Tinggi transmitter. Although RTM Nasional FM 90.9MHz Bukit Tinggi transmitter covers East Johor (Mersing), but the transmission of RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz from TVRI Batam tower can overspill and cause co-channel interference against Nasional FM's coverage in Jemaluang and Mersing if RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz operates at high power transmission from TVRI Batam tower like PRO-1 FM 105.1MHz. Hence, RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz only ran 0.03kW transmitter power, the coverage of RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz is smaller in Batam Island.


In 2019, RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz transmission was temporarily switched off. 


I may suspect that RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz moved its transmission site from TVRI Batam Sekupang to RRI Batam Center was likely done in somewhere 2019 because there was no transmission on FM 90.9MHz from Batam when I came to Singapore in June 2019.


In order to reach coverage of PRO-3 FM 90.9MHz in entire Batam Island like PRO-1 FM 105.1MHz, Radio Republik Indonesia RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz moved to RRI Batam Center where located at Abuyaltama Road, but transmitter power was increased from 30W to 2kW.




As RRI Batam Center transmitter tower height is lower than TVRI Batam, with a 2kW transmitter, so the transmission of RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz will not cause interference to Nasional FM 90.9MHz coverage in East Johor by overspilling signal to East Johor.


Although RRI Batam PRO-3 FM 90.9MHz is no longer located at same transmitter site as PRO-1 FM 105.1MHz and PRO-2 FM 105.5MHz, but the coverage for 3 radio stations are same nowadays because RRI PRO-3 FM 90.9MHz uses 2kW transmitter power.


Sunday 11 August 2024

[Aircheck + DX] 5 RTM state radio stations tuned in Putrajaya

 

1. KL FM 97.2MHz (24km from Kuala Lumpur Tower)

 


2. Selangor FM 100.9MHz (56km from Gunung Ulu Kali)

 


3. Pahang FM 107.5MHz (56km from Gunung Ulu Kali)


4. Negeri FM 92.6MHz (43km from Gunung Telapak Buruk)


5. Melaka FM 102.3MHz (119km from Gunung Ledang)


Videos are recorded at a parking bay of Presint 1 in Putrajaya where near to Putra Mosque and The Prime Minster's Office.


All videos are recorded in 4K HDR resolution, powered by Sony Xperia 5 V.

Wednesday 7 August 2024

FM radio frequency bandscan in Bayan Lepas, Penang by Senn Lens (compilation)

 

Mix FM radio reception in Bintulu, Sarawak via Sporadic E propagation. (2023 compilation)



Back to December 2023, my friend Shafik1995 DXer tuned Mix FM in Bintulu, Sarawak via Sporadic E propagation.


In Sarawak, Mix FM is only available in Kuching and Kota Samarahan on the frequency 97.7MHz, meanwhile Mix has no frequencies in Sibu and Miri like its sister station Hitz. 

 

Mix FM was used to have Miri frequency on 102.4MHz before switching to Melody FM.


What Shafik1995 DXer caught Mix FM signals in Bintulu are transmitted from Peninsular Malaysia, but it is Sporadic E propagation where the signal is overspilled from far transmitter. Sporadic E radio propagation is not consistently available.


1. FM 94.5MHz Gunung Ulu Kali (1251km)


2. FM 94.3MHz Gunung Kledang (1345km)


3. FM 94.2MHz Gunung Telapak Buruk (1220km)

Tuesday 6 August 2024

RTM Selangor FM 100.9MHz & Pahang FM 107.5MHz diterima di negeri Melaka (edisi 2024)


Pada 30hb April 2023, saya membuat rakaman video isyarat RTM Selangor FM 100.9MHz dan Pahang FM 107.5MHz di Lubuk Cina, Masjid Tanah, Alor Gajah dan Sungai Udang.


Selepas 1 tahun 3 bulan, pada 4hb Ogos 2024, saya melawat negeri Melaka dan menyemak isyarat radio Pahang FM 107.5MHz dan Selangor FM 100.9MHz di Tanjung Kling, Bandar Hilir dan Batu Berendam.


Isyarat Pahang FM 107.5MHz lebih lemah daripada Selangor FM 100.9MHz di Tanjung Kling dan Bandar Hilir.


1. Tanjung Kling (140km dari Gunung Ulu Kali)


2. Bandar Hilir Melaka (146km dari Gunung Ulu Kali)


3. Batu Berendam (143km dari Gunung Ulu Kali)


Kesemuanya video dirakam dalam resolusi 4K, tetapi rakaman video dalam 4K HDR dibuat di Bandar Hilir dan Batu Berendam.


[BONUS] Rakaman video Selangor FM 100.9MHz memainkan lagu kegemaran saya bertajuk 4 Non Blondes - What's Up, didengari di Bukit Melaka (St.Paul Hill)

Pendengar Nasional FM di kawasan barat laut negeri Melaka dinasihatkan untuk menala frekuensi kepada 91.7MHz (pemancar Gunung Telapak Buruk) apabila 96.6MHz (pemancar Gunung Ledang) diganggu oleh Sinar FM 96.7MHz (pemancar Gunung Ulu Kali)



Kepada pendengar RTM Nasional FM di kawasan barat laut negeri Melaka seperti Masjid Tanah, Sungai Udang, Kuala Sungai Baru dan Lubuk Cina,


Frekuensi Nasional FM di negeri Melaka ialah 96.6MHz yang dipancar dari Gunung Ledang, tetapi terdapat gangguan frekuensi dengan Sinar FM 96.7MHz dari Gunung Ulu Kali dikesan di Masjid Tanah, Sungai Udang, Kuala Sungai Baru dan Lubuk Cina. 


Hal ini kerana pemancaran Sinar FM 96.7MHz dari Gunung Ulu Kali melimpah isyarat ke kawasan Melaka dan menyebabkan Nasional FM 96.6MHz diganggu di barat laut Melaka, jarak frekuensi antara Nasional FM 96.6MHz dan Sinar FM 96.7MHz cuma 100kHz.


Secara alternatif, RTM Nasional FM di kawasan Masjid Tanah, Lubuk Cina, Sungai Udang dan Kuala Sungai Baru boleh didengari dengan jelas pada frekuensi 91.7MHz yang dipancar dari Gunung Telapak Buruk yang khususnya untuk Negeri Sembilan apabila 96.6MHz diganggu oleh Sinar FM 96.7MHz.


FM 91.7MHz ialah frekuensi alternatif Nasional FM di Melaka Barat Laut.

 

Nasional FM 95.3MHz dari Gunung Ulu Kali masih boleh didengari di Masjid Tanah, Kuala Sungai Baru, Sungai Udang dan Lubuk Cina, tetapi isyarat tidak sejelas seperti 91.7MHz.


Terdapat video isyarat Nasional FM 91.7MHz dirakam di 4 buah kawasan Melaka Barat Laut.


1. Kuala Sungai Baru (53km)


2. Masjid Tanah (55km)


3. Sungai Udang (61km)

Monday 5 August 2024

(DX & Aircheck) RTM state radio stations tuned in Bandar Hilir, Melaka (Stesen negeri RTM diterima di Bandar Hilir, Melaka)



Tahukah anda? 

Do you know?


Kawasan Bandar Hilir, Melaka boleh menerima 5 buah stesen siaran radio negeri RTM. Melaka FM 102.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz didengari dengan jelas, manakala isyarat Johor FM 105.3MHz, Pahang FM 107.5MHz dan Selangor FM 100.9MHz sangat lemah.

In Bandar Hilir Melaka, there are 5 RTM state radio stations can be tuned. Melaka FM 102.3MHz and Negeri FM 107.7MHz are clear, meanwhile the signal of Johor FM 105.3MHz, Pahang FM and Selangor FM 100.9MHz are weak.


Saya melawat Melaka pada 4hb Ogos 2024 untuk menjalankan aktiviti radio DXing dan berjumpa dengan rakan saya.

I visited Malacca on 4th August 2024 to conduct radio DXing and meet my friends.


Di sini terdapat video isyarat 5 buah stesen radio negeri RTM yang dirakam di kawasan Bandar Hilir, Melaka seperti Bukit Melaka dan Jonker Street.

Here are the videos of tuning 5 RTM state radio stations in Bandar Hilir, Malacca areas such as St. Paul Hill and Jonker Street.


1. Melaka FM 102.3MHz Gunung Ledang (45km)


2. Negeri FM 107.7MHz Gunung Ledang (45km)


3. Johor FM 105.3MHz Gunung Ledang (45km)


Gangguan frekuensi dengan Suria FM 105.3MHz yang dipancar Dari Gunung Ulu Kali dikesan di Bandar Hilir, tetapi Johor FM 105.3MHz hanya meliputi Johor Utara, manakala Melaka bukan kawasan liputan Johor FM.

Co-channel interference with Suria FM 105.3MHz from Gunung Ulu Kali is detected in Bandar Hilir, Malacca, however Johor FM 105.3MHz only covers North Johor, meanwhile Melaka is not the coverage of Johor FM.


4. Selangor FM 100.9MHz Gunung Ulu Kali (146km)


5. Pahang FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali (146km)


Video dirakam dalam resolusi 4K dengan kamera Sony Xperia 5 V.

Videos are recorded in 4K resolution by using Sony Xperia 5 V.