Friday 14 June 2024

Jawapan saya kepada seorang budak yang asyik bertanya soalan mengenai stesen radio.

Sejak kebelakangan ini, terdapat seorang budak, namanya Rayyan asyik bertanya-tanya saya bilakah stesen radio seperti Suria FM, Kool 101, Bernama Radio, Eight FM, Best FM, Hot FM, RTM Minnal FM, dan RTM Asyik FM akan memperluaskan siaran mereka ke seluruh negara dengan melalui platform frekuensi FM.

 

Aku sudah berasa pening terhadap soalan daripada budak ini, tetapi saya ingin meluahkan pandangan dan berkongsi pengalaman saya untuk menjawab soalan segalanya daripada budak ini.

 

==Jawapan saya terhadap soalan dia==

 

1. Sejak tahun 2019, Suruhanjaya Kommunikasi Multimedia Malaysia, SKMM (atau dikenali sebagai MCMC) tidak membenarkan permohonan frekuensi baru daripada stesen radio untuk penyiaran radio FM kerana kebanyakkan bandar utama tidak mempunyai frekuensi kosong yang boleh digunakan untuk penyiaran radio FM, seperti Pulau Pinang, Lembah Klang, Johor Bahru, dan kawasan yang bersempadan dengan negara jiran. SKMM telah menyebut tentang perkara ini dalam laporan tahunan 2020.

 

Walaupun terdapat frekuensi kosong, tetapi ia tidak bermakna frekuensi kosong tersebut tidak akan menyebabkan gangguan kepada stesen radio yang sedia ada.

 

2. Bukan semua stesen radio bertaraf swasta seperti Best FM, Kool 101, Raaga, GoXUAN, Zayan dll berminat untuk memperluaskan siaran mereka ke seluruh negara akibat nilai komersil dan sasaran pasaran mereka.

- Best FM ialah stesen radio swasta yang berasal dari negeri Johor, sasaran stesen radio ini khususnya untuk negeri Johor, secara komesial kebanyakkan pengiklan yang mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka di Best FM adalah berpusat di negeri Johor, malah kebanyakkan program Best FM lebih cenderung kepada Johor. Selain itu, waktu azan Best FM pun mengikuti waktu azan di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Walaupun Best FM ialah stesen radio swasta untuk Johor, tetapi ia memperluaskan siarannya ke Kuala Lumpur dan Selangor kerana Best FM pada masa itu bersiaran dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pada pertengahan 1990-an, Time Highway Radio (THR) amat popular di seluruh Pantai Barat Malaysia Semenajung, menyebabkan Best FM berasa "tertekan" dan melawan balik terhadap THR dengan melancarkan frekuensi FM 104.1MHz di Lembah Klang (Gunung Ulu Kali). 

- Tidak masuk akal jika mencadangkan Molek FM memperluaskan siarannya dengan melancarkan frekuensi di Sabah dan Sarawak kerana kandungan Molek FM tidak memenuhi citarasa pendengar orang Sarawak dan Sabah kerana kandungan radio Molek FM tertumpu di Pantai Timur Malaysia Semenanjung, namun Molek FM akan membuat sasaran kawasan yang salah.

 

3. Mencadangkan stesen radio swasta (contoh: BFM) untuk menambah frekuensi di kawasan pedalaman (contoh: Gua Musang, Kelantan atau Gerik, Perak) memang merugikan stesen radio tersebut kerana kawasan tersebut tidak mempunyai nilai komersil dan pendengar yang berpotensi. Stesen radio swasta membazir kos pemancaran jika melancarkan frekuensi di kawasan yang tidak mepunyai nilai komersil dan pendengar yang berpotensi. Selain itu, cadangan ini tidak akan menarik pengiklan untuk mengikalankan produk mereka di radio. 


Kita ambil perniagaan sebagai contoh.


Encik Ahmad ialah pengasas fracais kopi premium, Ahmad Coffee, pasaran utama bisnes dia ialah bandar utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Shah Alam, Ipoh, Seremban, Johor Bahru, Melaka, Kuantan, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Taiping, Alor Setar, Kangar, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Miri, sasaran pelanggan dia ialah orang urban. 

 

Beberapa tahun kemudian, beliau membuka cawangan Ahmad Coffee di kawasan luar bandar seperti Lenggong, Baling, Sik, Jengka dan Chenor, tetapi prestasi cawangan dia di kawasan ini kurang baik dan tidak menguntungkan kerana tidak ramai pelanggan datang untuk membeli kopi premium dia, menyebabkan Encik Ahmad menutup cawangan Ahmad Coffee di kawasan tersebut. Dalam bisnes, membuat pasaran yang salah sararan akan merugikan bisnes kerana tidak menguntungkan. Kos operasi yang tidak menguntungkan boleh membebankan keseluruhannya. Selain itu, memperluaskan cawangan ke kawasan lain memerlukan kos yang tinggi. Selelum membuka cawangan baru, kita perlu membuat kajian pasaran dengan teliti terlebih dahulu.


Stesen radio Bahasa Cina daripada Media Prima Audio, Eight FM adalah contoh. Eight FM pernah bersiaran di Kuantan pada frekuensi FM 100.4MHz, secara komersial, berbanding dengan stesen radio Bahasa Cina lain, prestasi Eight FM kurang baik di Kuantan, dan Eight FM tidak berpotensi di kawasan tersebut. Media Prima Audio terpaksa menamatkan siaran Eight FM di Kuantan dan menggantikan slot frekuensinya dengan Molek FM sejak Oktober 2022. 

 

Saya memberi satu contoh, Restoran Dubuyo (makanan Korea) membuka cawangan di Muar sejak tahun 2021, tetapi prestasi cawangan tersebut dalam sudut jualan dan pelanggan kurang baik, tetapi restoran kembarnya Sepiring mempunyai permintaan tinggi oleh pelanggan dari Muar dimana kebanyakkan orang Muar inginkan Sepiring untuk membuka cawangan di Muar. Oleh itu, Dubuyo terpaksa menutup cawangannya di Kuala Rompin dan digantikan oleh Sepiring.


4. Lesen penyiaran radio mempunyai banyak pembatasan. 

- Sejak awal 2000an, THR FM dibahagikan kepada dua stesen radio, Raaga dalam Bahasa Tamil untuk Pantai Barat Semenanjung, manakala Gegar dalam Bahasa Melayu untuk Pantai Timur Semenanjung. Kedua-dua stesen radio tidak dibenarkan bersiaran dengan dua frekuensi di kawasan yang sama. Kuantan ialah contoh terbaik, Gegar kini bersiaran pada frekuensi FM 88.8MHz, manakala Raaga tidak mempunyai frekuensi Kuantan seperti Gegar, tetapi Raaga tidak dibenarkan bersiaran di Kuantan dengan frekuensi baru kerana lesen penyiaran THR hanya membenarkan 1 stesen radio bersiaran di kawasan tersebut.

- Selain daripada Raaga dan Gegar, stesen radio Media Prima Molek FM telah mengambil alih slot frekuensi Kool 101 sejak tahun 2022. Oleh kerana Molek FM dan Kool 101 berada di bawah satu lesen penyiaran (Kool FM Radio Sdn Bhd), Kool 101 tidak dibernarkan memperluaskan siarannya ke kawasan Pantai Timur dengan menambah frekuensi.


5. RTM Asyik FM ialah stesen Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Tidak sama dengan stesen radio RTM lain (seperti Traxx FM, Ai FM, Radio Klasik) dimana stesen radio ini boleh didengari di seluruh negara pada platform frekuensi. Oleh kerana Asyik FM menyasarkan pendengar Orang Asli, jadi Asyik FM bersiaran di kawasan Orang Asli terutamanya.


Asyik FM kini bersiaran di kawasan ini dengan frekuensi bawah berikut:

* FM 89.3MHz: Ulu Tembeling, Pahang

* FM 91.1MHz: Lembah Klang (Menara Kuala Lumpur)

* FM 93.1MHz: Lenggong, Perak (Bukit Ladang Teh)

* FM 95.6MHz: Johor Utara (Gunung Ledang)

* FM 102.5MHz: Pahang Barat (Gunung Ulu Kali)

* FM 105.1MHz: Cameron Highlands (Gunung Brinchang)

* FM 99.9MHz: Damak, Pahang (Bukit Botak)


Budak Rayyan asyik bertanya bilakah Asyik FM menambah frekuensi Ipoh dan Negeri Sembilan. Sebenarnya frekuensi di Ipoh dan Negeri Sembilan telah penuh.


Saya pernah membuat kajian frekuensi semasa membuat cadangan kepada RTM untuk menambah frekuensi Asyik FM di Ipoh dan Negeri Sembilan. Walaupun kuasa pemancar rendah (250W) dan antena pemancar berarah, tetapi frekuensi yang saya cadangkan (95.5 Gunung Telapak Buruk dan 107.4 Gunung Kledang) masih menyebabkan gangguan kepada stesen radio yang sedia ada. Jika saya menghantar usul dan kajian frekuensi kepada SKMM, saya tidak percaya bahawa usul saya akan diluluskan oleh SKMM akibat gangguan.


Di samping itu, Rayyan pun bertanya soalan yang tidak masuk akal bahawa bilakah Asyik FM dan Minnal FM akan bertambah frekuensi di Sabah dan Sarawak.


Asyik FM ialah stesen radio Orang Asli Semenanjung Malaysia, manakala Minnal FM ialah stesen radio bahasa Tamil. Sabah dan Sarawak tidak mempunyai penduduk India dan Orang Asli, RTM tidak akan menambah frekuensi Minnal FM dan Asyik FM di wilayah tersebut atas faktor demografi. Ia akan membazirkan kos pemancaran jika Asyik FM dan Minnal FM menambah frekuensi di wilayah Borneo tanpa pendengar berpotensi.


Kini teknologi berkembang maju, orang boleh mendengar radio pada platform digital seperti dalam talian, applikasi telefon pintar dan MYTV, tetapi platform frekuensi tetap releven lagi.


==Akhir Kata Saya==

Stesen radio swasta menjaga bisnes, manakala stesen radio awam/kerajaan memainkan peranan negara kepada rakyat dengan menghantar perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Kedua-dua memainkan peranan yang tidak sama.


Walaupun saya tidak bekerja dalam bidang penyiaran radio, saya belajar daripada pakar penyiaran radio dengan mendapat ilmu daripada mereka.


Berasa naif terhadap radio? Jom belajarlah dengan realiti tentang radio untuk memperluaskan ilmu kita.

No comments:

Post a Comment