Wednesday 19 June 2024

RTM Johor FM 92.1MHz dari pemancar Bukit Tinggi yang meliputi Johor Timur didengari di Cherating, Pahang (isyarat troposfera)

 

Dari Ogos 2022 sehingga April 2024, saya telah merakam isyarat RTM Johor FM 92.1MHz di beberapa kawasan negeri Pahang seperti Kuantan, Pekan, Gambang, Pulau Tioman dan Kuala Rompin, manakala saya menerima isyarat Johor FM 105.3MHz di Muadzam Shah.


Pada 17hb Jun 2024, semasa percutian dengan rakan di Cherating, Pahang, saya berjaya menangkap isyarat Johor FM 92.1MHz di Cherting yang dipancar dari Bukit Tinggi.


Di Cherating, RTM Johor FM 92.1MHz dari pemancar Bukit Tinggi tidak sentiasa boleh diterima isyaratnya kerana isyarat tersebut diterima di dalam keadaan troposfera. Saya merakam isyaratnya di sebuah pantai ClubMed Cherating pada waktu malam.


* Frekuensi: FM 92.1MHz

* Kuasa pemancar: 1kW

* Tempat pemancar: Bukit Tinggi, Johor

* Tempat penerima: ClubMed Cherating, Kuantan, Pahang

* Jarak: 208km

* Jenis pemancaran: Troposfera

No comments:

Post a Comment