Dari tahun 2021 ke 2023, saya telah membuat rakaman video isyarat radio RTM Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar yang diterima di banyak kawasan negeri Pahang seperti Benta, Merapoh, Cameron Highlands, Bukit Fraser, Jerantut, Kuala Tembeling, Kuala Tahan dan Genting Highlands.
Pada 17hb Mac 2024, saya mencecah rekod baru dengan menerima isyarat radio Kelantan FM di Raub, Pahang.
Di Raub, ia sangat sukar menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz kerana frekuensi itu mempunyai gangguan oleh Ai FM 97.1MHz dari Bukit Fraser dan Traxx FM 97.4MHz dari Gunung Ledang. Dari Kota Bharu ke Bentong, siaran Kelantan FM 97.3MHz cuma boleh diterima sehingga Chegar Perah, manakala Benta ialah kawasan yang paling jauh untuk menerima isyarat Kelantan FM 97.3MHz, tetapi isyarat lemah dan mempunyai gangguan frekuensi oleh Ai FM 97.1MHz yang dipancar dari Bukit Fraser.
Video isyarat penerimaan siaran Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar dirakam di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang berhampiri dengan persimpangan Raub Utara.
Lebuhraya CSR dari Bentong ke Raub dibuka secara rasmi pada 8hb Mac 2024.
Isyarat Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar diganggu oleh Ai FM 97.1MHz (Bukit Fraser) dan Traxx FM 97.4MHz (Gunung Ledang) semasa perjalanan di Lebuhraya CSR sebelum saya berada di persimpangan Raub Utara.
Jarak ialah 216km dari Bukit Bakar ke Raub untuk menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz.
==Penerimaan siaran radio Kelantan FM 97.3MHz di Raub==
* Frekuensi: FM 97.3MHz
* Kuasa pemancar: 2kW
* Tempat pemancar: Bukit Bakar, Kelantan
* Tempat penerima: Raub, Pahang (Lebuhraya CSR)
* Jarak: 216km
No comments:
Post a Comment