Tuesday, 7 June 2022

RTM Terengganu FM 88.7MHz dari Bukit Besar, Kuala Terengganu boleh diterima di Bukit Fraser, Pahang

 

Semasa saya berada di Bukit Fraser, saya boleh menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz dengan jelas. Yang paling mengejutkan, saya boleh mendapat siaran Terengganu FM 88.7MHz dari Bukit Besar.

 

Pada 6hb 2022, saya berjoging dari Taman Awam ke Taman Sungai Hijau, Bukit Fraser sambil mendengar siaran Kelantan FM 97.3MHz. Apabila saya berehat di bahagian Rompin House sekitar Jalan Semantan, saya menala frekuensi radio secara rawak. Saya cuba menerima mana-mana frekuensi radio yang dipancar dari Bukit Besar, tetapi saya boleh mengesan isyarat Terengganu FM 88.7MHz.

 

Terengganu FM 88.7MHz masih memainkan lagu, saya tunggu sehingga lagu berakhir sebelum saya merakam video. Yang paling strategik ialah waktu rakaman kerana segmen Ceria Pagi hampir berakhir siaran, oleh itu saya menunggu sampai waktu pukul 10 pagi, dan merakam ident stesen Terengganu FM. Di sini adalah rakaman saya yang menerima Terengganu FM 88.7MHz dari Bukit Besar di Jalan Semantan, Bukit Fraser, Pahang.


Sebenarnya Terengganu FM 88.7MHz dari Bukit Fraser tidak dapat diterima di sebahagian besar Bukit Fraser, Pahang, isyarat cuma boleh dikesan di kawasan cerun Rompin House, Jalan Semantan dengan penerimaan yang lemah.


Bukit Fraser, Pahang ialah kawasan yang pertama sekali saya terima siaran Terengganu FM dengan melalui frekuensi radio dalam sejarah saya, walaupun saya belum mengunjungi negeri Terengganu lagi.

 

- Frekuensi: FM 88.7MHz

- Kuasa pemancar: 1kW

- Tempat pemancar: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu

- Kawasan penerimaan: Jalan cerun di Jalan Semantan yang berhampiri dengan Rompin House, Bukit Fraser, Terengganu

- Jarak: 235km

- Penerima radio: TECSUN PL-380 dengan antena panjang yang telah diubahsuai sejak November 2021 

 


No comments:

Post a Comment