Pada 5hb Jun hingga 7hb Jun 2022, saya mengunjungi Bukit Fraser, Pahang dengan keluarga saya sempena cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Saya memang akan menjalankan aktiviti hobi saya, iaitu FM DX (menerima dan memantau isyarat radio FM yang jauh).
Terdapat kawan saya memberitahu kepada saya bahawa RTM Kelantan FM 97.3MHz boleh diterima di Bukit Fraser dengan isyarat yang jelas, tetapi kawan saya menerima siaran tersebut pada tahun 1997, dan mereka tidak mengunjungi Bukit Fraser selepas 1997. Sebelum saya pergi Bukit Fraser, saya mungkin menjangkakan Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar tidak dapat diterima jelas lagi di Bukit Fraser kerana RTM Ai FM menggunakan frekuensi FM 97.1MHz di Bukit Fraser (bagi meliputi Raub yang tidak dapat menerima FM 106.7MHz dari Gunung Ulu Kali).
Hakikatnya, RTM Kelantan FM 97.3MHz boleh diterima dengan jelas di Bukit Fraser dari kawasan Taman Awam sehingga Air Terjun Jeriau dan Sekolah Kebangsaan Bukit Fraser.
Dari jalan simpang Taman Awam ke arah The Pines, isyarat Kelantan FM 97.3MHz menjadi lemah.
Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar mula boleh didengari di kawasan sekitar Tawan Awam yang berhampiri dengan Klinik Kesihatan Bukit Fraser, tetapi kurang jelas dan isyarat mempunyai gangguan isyarat oleh Traxx FM 97.4MHz yang dipancarkan dari Gunung Ledang di simpang Jalan Semantan dan Jalan High Pines.
Siaran RTM Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar semakin jelas apabila menerima di sekitar Jalan Semantan semasa berjalan dari Taman Awam sehingga Air Terjun Jeriau dan Sekolah Kebangsaan Bukit Fraser tanpa gangguan isyarat oleh Ai FM 97.1MHz. Isyarat STEREO semasa mendengari siaran Kelantan FM.
Selain daripada FM 97.3MHz, saya pun boleh menerima siaran Kelantan FM pada 88.1MHz dari Felda Paloh yang meliputi Gua Musang Timur (seperti Paloh, Chiku), namun Kelantan FM 88.1MHz diganggu oleh 8FM (dahulunya dikenali sebagai One FM) 88.1MHz dari Gunung Ulu Kali. Isyarat Kelantan FM 88.1MHz dari Felda Paloh dikesan di Jalan Semantan, Bukit Fraser yang berhampiri dengan Rompin House dan Smokehouse Trail. Jarak penerimaan ialah 154km.
==Laporan ringkas penerimaan siaran Kelantan FM di Bukit Fraser, Pahang==
- Frekuensi: FM 97.3MHz
- Kuasa pemancar: 2kW
- Tempat pemancar: Bukit Bakar, Machang, Kelantan
- Tempat penerimaan siaran Kelantan FM: Bukit Fraser, Pahang
- Jarak penerimaan: 230km
- Komen: Jelas di sekitar Jalan Air Terjun dan Jalan Semantan, tetapi kurang stabil di Jalan Taman Awam.
- Markah: 70/100
Sebelum ini, Benta di negeri Pahang ialah kawasan yang paling jauh dimana saya menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar, kini saya mencecah rekod lagi dengan menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz di Bukit Fraser pada jarak sebanyak 230km.
Di sini saya akan menyenaraikan kawasan Bukit Fraser yang boleh menerima siaran Kelantan FM 97.3MHz dari Bukit Bakar:
1. Taman Awam
2. Jalan Semantan
(Saya mendengar segmen Akok - Apa Khabar Orang Kelate di Kelantan FM 97.3MHz di luar Rompin House, Jalan Semantan, Bukit Fraser sambil memuat naik video FM DX ke YouTube)
3. Istana Sri Pahang
4. Jalan Sungai Hijau, Sekolah Kebangsaan Bukit Fraser dan Rumah Pangsa Sungai Hijau
5. Air Terjun Jeriau
Kelantan FM 97.3MHz Bukit Bakar tidak diterima di Bandar Bukit Fraser (Puncak Inn, Shahzan Inn dan The Paddock), ia diganggu oleh Traxx FM 97.4MHz Gunung Ledang di sekitar Jalan Lady Guillemard yang menuju ke Sri Peninjau.
Kepada pendengar Kelantan FM yang melancong ke Bukit Fraser, anda boleh mendengar siaran ini pada frekuensi FM 97.3MHz.
No comments:
Post a Comment