Radio Pantai Timur no.1, iaitu THR Gegar sangat terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu.
Di negeri Kelantan, frekuensi THR Gegar ialah FM 88.1MHz dari Bukit Panau (Tanah Merah). Kawasan liputan tertumpu pada Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai (tidak termasuk Dabong).
Namun apabila saya berada di Lojing Highlands, Kelantan pada 1hb Mei 2022 (satu hari sebelum Hari Raya Aidilfitri "terkejut), saya menerima siaran THR Gegar FM 88.1MHz pada kali yang pertama dimana saya tidak pernah menerima siaran Gegar dengan melalui radio sebelum ini.
Berbanding dengan pesaingnya, isyarat THR Gegar FM 88.1MHz lebih kuat daripada Molek FM 105.1MHz, tetapi kurang kuat daripada Manis FM 90.6MHz.
Persamaan isyarat THR Gegar dan Molek FM di Lojing Highlands, Kelantan iaitu kedua-dua stesen radio tersebut bercampur-baur dengan stesen radio lain.
Jika anda menerima siaran Gegar di Lojing Highlands, anda boleh mengesan isyarat bercampur-baur dengan Kelantan FM 88.1MHz dari Felda Paloh (Gua Musang Timur) seperti berada di sempadan daerah Kuala Krai-Gua Musang.
Saya merakam isyarat Gegar FM 88.1MHz dari Bukit Panau di Masjid Keputeraan Lojing, Kelantan apabila saya berehat di situ selepas saya memandu dari Lembah Klang ke Lojing selama 6 jam (termasuk kesesakan lalu lintas).
Dengan menggunakan penerima radio TECSUN PL-380, saya boleh mengesan gangguan frekuensi sama antara THR Gegar dan Kelantan FM pada 88.1MHz. Jika saya duduk di taman rehat Masjid Keputeraan Lojing, FM 88.1MHz adalah Gegar apabila saya menghala antenna saya ke arah barat daya, manakala Gegar akan berubah kepada Kelantan FM apabila saya menghala antenna saya ke arah timur dan utara.
Untuk mendengar siaran Gegar dengan lebih stabil di Lojing dengan radio, anda harus menggunakan radio yang mempunyai antenna berkualiti baik. Selain itu, anda boleh mendengarnya dengan melalui applikasi Syok, strim YouTube atau ASTRO DVR Saluran 863 secara alternatif.
Walaupun Kelantan FM 88.1MHz bercampur-baur dengan Gegar di Masjid Keputeraan Lojing, tetapi FM 88.1MHz bertukar kepada Gegar di tempat cerun Jalan Lojing-Gua Musang semasa turun cerun ke Pos Brooke, cuma isyarat lemah.
==THR Gegar DXing di Lojing, Kelantan==
* Frekuensi: FM 88.1MHz
* Kuasa: 1kW
* Tempat pemancar: Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan
* Tempat penerima: Masjid Keputeraan Lojing, Lojing Highlands, 18300 Gua Musang, Kelantan
* Jarak: 166km
* Penerima radio: TECSUN PL-380
No comments:
Post a Comment