Wednesday, 4 May 2022

Molek FM boleh didengari di Lojing Highlands (Tanah Tinggi Lojing), Gua Musang, Kelantan pada frekuensi FM 105.1MHz?

 

Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2022, saya bersinggah ke Tanah Tinggi Lojing, Kelantan yang bersempadan dengan Cameron Highlands, Pahang untuk meneruskan rakaman video menerima isyarat jauh stesen radio.

 

Saya telah merancang perjalanan ini untuk musim cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri pada Januari 2022 (seminggu sebelum Tahun Baru Cina). Kini, saya melaksanakan rancangan ini.

 

Saya tidak menjangkakan bahawa saya boleh menerima siaran Molek FM yang baru dilancarkan oleh Media Prima Audio pada 9hb Januari 2022 di Lojing Highlands, Kelantan pada frekuensi yang sedia ada, iaitu FM 105.1MHz dari Kota Bharu dan 93.6MHz dari Kuala Terengganu.

 

Apabila saya sampai ke kawasan Lojing Highlands, iaitu Masjid Keputeraan Lojing, saya masih mendengar siaran Fly FM 87.9MHz, tetapi saya mencuba nasib dengan menukar frekuensi kepada FM 105.1MHz pada penerima radio dalam kereta.

 

Dulu saya sangka FM 105.1MHz adalah siaran Asyik FM dari Gunung Brinchang dengan isyarat yang jelas kerana kawasan Lojing tidak jauh dari tempat pemancar, namun saya boleh menerima siaran Molek FM 105.1MHz di Masjid Lojing secara tiba-tiba.

 

Penerimaan Molek FM 105.1MHz yang dipancar dari Peringat tidak jelas dan bercampur-baur dengan Asyik FM di Lojing Highlands sebenarnya. Saya menerima siaran Molek FM 105.1MHz di Masjid Keputeraan Lojing dengan penerima radio berjenama TECSUN PL-310ET.

 

Selain daripada FM 105.1MHz, saya pun boleh menerima siaran Molek FM pada 93.6MHz dari Bukit Besar, Kuala Terengganu di Masjid Keputeraan Lojing, tetapi signal FM 93.6MHz lebih lemah daripada 105.1MHz.

 

Molek FM 93.6MHz dari Bukit Besar bercampur-baur dengan Radio Klasik FM 93.6MHz dari Gunung Ledang, tetapi ia tidak sangat teruk seperti FM 105.1MHz. Yang Radio Klasik FM 93.6MHz dari Gunung Ledang, isyarat tersebut adalah sifat troposfera. 

 

Untuk makluman, Molek FM hanya boleh diterima di Masjid Keputeraan Lojing pada 105.1MHz dengan isyarat bercampur-baur dengan Asyik FM dari Gunung Brinchang. Keadaan signal adalah sama dengan pesaingnya, iaitu THR Gegar dimana frekuensi Kota Bharu Gegar FM 88.1MHz bercampur-baur dengan RTM Kelantan FM 88.1MHz frekuensi Paloh (Gua Musang Timur) di Lojing.

 

Manakala pesaing Molek FM yang lain, iaitu Manis FM. Penerimaan Manis FM 90.6MHz lebih stabil di Lojing.

 

==Molek FM DXing di Lojing, Kelantan==

1. FM 105.1MHz Kota Bharu

* Tempat pemancar: Peringat, Kelantan

* Kuasa pemancar: 2kW

* Jarak: 185km 

 

2. FM 93.6MHz Kuala Terengganu

* Tempat pemancar: Bukit Besar, Terengganu

* Kuasa pemancar: 1kW

* Jarak: 204km 

 

No comments:

Post a Comment