Sunday, 23 May 2021

Pahang FM cuma perlu menaik taraf pemancar Bukit Sembilan dan menukar frekuensinya, tidak perlu "merentas negeri" ke Gunung Ledang, Johor.

 

Pada tahun lepas, saya pernah menulis sebuah artikel mengenai cadangan saya untuk menambah pemancar Pahang FM di Gunung Ledang bagi meliputi Muadzam Shah, Keratong dan Selancar dengan frekuensi FM 100.9MHz pada kuasa pemancar 1kW.

 

Sekarang saya memeriksa balik mengenai cadangan saya dan video yang dikirim oleh kawan saya. Sebenarnya, Pahang FM boleh mengekalkan pemancar Bukit Sembilan dengan menaik taraf sistem pemancarnya demi memperluaskan liputan ke Selancar, Felda Tembangau, Felda Bera Selatan dan Keratong.

 

 

Cadangan untuk "merentas negeri" dengan menambah pemancar Pahang FM di Gunung Ledang bagi meliputi kawasan Pahang Selatan tidak diperlukan kerana liputan Bukit Sembilan yang sedia ada adalah tempat pemancar yang strategik boleh meliputi Keratong sebenarnya. 

 

Gangguan oleh One FM 88.1MHz dari Gunung Ledang kepada Pahang FM 88.0MHz Bukit Sembilan di Muadzam Shah bukan disebabkan oleh masalah tempat pemancar, tetapi masalah utamanya ialah frekuensi Pahang FM yang sedang digunakan di Bukit Sembilan kerana 88.0MHz terlalu dekat dengan One FM 88.1MHz Gunung Ledang, menyebabkan Pahang FM 88.0MHz sering mengalami gangguan (interference) oleh One FM 88.1MHz di Muadzam Shah. 

 

==Hasil siasatan Pahang FM 88.0MHz yang diganggu oleh One FM 88.1MHz di Muadzam Shah, Pahang==

1. Sebab: Masalah frekuensi

 

Antara Gunung Ledang dan Bukit Sembilan, bagi stesen radio Pahang FM, Bukit Sembilan lebih strategik daripada Gunung Ledang untuk meliputi Muadzam Shah, Keratong, Selancar dan Bera Selatan kerana Pahang FM ialah stesen radio negeri RTM yang berkhidmat untuk negeri Pahang. 

 




Selain itu, cadangan lama saya mungkin kurang logik jika Pahang FM merentas negeri untuk memasang pemancar di Gunung Ledang. Jika cadangan itu dipertimbangkan dan tindakan benar diambil, nanti banyak radio RTM seperti Negeri FM akan merentas negeri untuk melancarkan pemancar di Gunung Ulu Kali untuk meliputi Nilai pulak. 

 

Pada pandangan saya, untuk memperluaskan siaran Pahang FM ke kawasan Pahang Selatan dengan lebih jelas, tetapi mengekalkan pemancar Bukit Sembilan dengan menaik taraf sistem pemancarnya:

 

1. RTM Pahang FM pemancar Bukit Sembilan perlu ditukar frekuensinya terlebih dahulu bagi mengelakkan gangguan oleh One FM 88.1MHz dari Gunung Ledang. (Frekuensi cadangan: FM 100.8MHz) 

 

2. Dengan penukaran frekuensi Pahang FM Bukit Sembilan dari 88.0MHz kepada 100.8MHz, sistem pemancar perlu ditukar dan dinaik taraf untuk meliputi lebih kawasan. Tentang kuasa pemancar, setakat ini adalah 100W, dan dicadangkan untuk menukar kepada model pemancar 500W.

 

==Cadangan untuk menaik taraf Pahang FM di Bukit Sembilan==

- Frekuensi: FM 100.8MHz

- Kuasa pemancar: 0.5kW 

- Jenis sistem antenna: 4 bay dipole (mixed polarized/vertical)

- Kawasan liputan: Muadzam Shah, Keratong, Felda Selancar, Felda Bera Selatan, Felda Tembangau, Pelawan, Felda Palong, Jempol dan sebahagian Segamat.

 

==Analisa RF==

100.4MHz: Ai FM Gunung Ledang 

100.8MHz: Pahang FM Bukit Sembilan (500W)

<400kHz, OK> 

 

100.6MHz: MY FM Gunung Telapak Burok

100.8MHz: Pahang FM Bukit Sembilan (500W)

<200kHz, OK>

 

100.8MHz: Pahang FM Bukit Sembilan (500W)

100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali

<100kHz, OK>

 

100.8MHz: Pahang FM Bukit Sembilan (500W)

101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung

<300kHz, OK>  

 

Di samping itu, jika Pahang FM menambah kuasa pemancar Bukit Sembilan kepada 500W dan menukar sistem antenna tanpa tukar frekuensinya, masalah gangguan oleh One FM 88.1MHz dari Gunung Ledang masih tidak dapat diselesaikan kerana terdapat kawasan masih ada gangguan seperti Felda Keratong dan Selancar, namun kuasa pemancar One FM 88.1MHz dari Gunung Ledang ialah 2kW. Justeru, ketinggian Gunung Ledang lebih daripada Bukit Sembilan, oleh itu gangguan One FM 88.1MHz kepada Pahang FM 88.0MHz masih berlaku di Muadzam Shah, Pahang. 

 

Untuk makluman, stesen radio RTM lain (Radio Klasik FM 93.6MHz, Nasional FM 96.6MHz, Traxx FM 97.4MHz, Melaka FM 102.3MHz, Ai FM 100.4MHz, Johor FM 105.3MHz, Negeri FM 107.7MHz dan Minnal FM 103.3MHz) Gunung Ledang boleh didengari dengan jelas di Muadzam Shah.

 

==Cara untuk menyelesaikan masalah gangguan siaran Pahang FM 88.0MHz Bukit Sembilan oleh One FM 88.1MHz Gunung Ledang di Muadzam Shah== 

1. Frekuensi Pahang FM Bukit Sembilan perlu ditukarkan (cadangan: 100.8MHz) 

2. Pemancar boleh dinaik taraf kepada 500W.

3. Sistem antenna perlu digantikan.

 

Saya harap RTM akan mengambil perhatian terhadap isu ini. Selain itu, saya pun pernah membaca maklumat asas tender RTM dimana sistem pemancaran di beberapa kawasan bakal ditukarkan dengan model baru. Oleh kerana itu, saya harap RTM akan mengeluarkan tender untuk menaik taraf sistem pemancaran dan frekuensi Pahang FM Bukit Sembilan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment