Thursday, 22 April 2021

IKIM FM 100.7MHz dikesan di Kalimantan Timur, Indonesia

 


IKIM FM mempunyai tiga frekuensi di Sabah, seperti FM 93.9MHz Kota Kinabalu (Bukit Karatong), FM 100.7MHz Tawau (Gunung Andrassy) dan FM 107.3MHz Lahad Datu (Gunung Silam).


Seorang DXer dari Indonesia mengesan isyarat siaran IKIM FM 100.7MHz di Kalimantan Timur beberapa hari lepas. Rakaman isyarat radio tersebut dimuat naik ke YouTube sebagai "hobi pemantauan isyarat frekuensi jauh" (distant frequency signal monitoring hobby).


Di sini adalah rakaman video IKIM FM 100.7MHz dari Tawau, Sabah (Gunung Andrassy) yang diterima di Kalimantan Timur, Indonesia.

 

Berdasarkan pada rakaman video ini, isyarat radio IKIM FM 100.7MHz yang dipancar dari Gunung Andrassy (Tawau, Sabah) diterima di Sangatta. Jarak penerimaan dari Gunung Andrassy ke Sangatta ialah 420km.

 

Kod SINPO bagi penerimaan IKIM FM 100.7MHz ialah 45555, oleh itu isyarat adalah jelas, tetapi MONO.

 

S= Isyarat (Signal)

I= Gangguan (Interference)

N= Bising (Noise)

P= Pemancaran (Propagation)

O= Purata (Overall) 

 


 

Sebenarnya, IKIM FM 100.7MHz dari Gunung Andrassy boleh didengari di beberapa kawasan Kalimantan Utara, Indonesia seperti Nunukan, Paladju, Tandjungkeramat, dan Bunyu.

 

Pada pandangan saya, penerimaan siaran IKIM FM 100.7MHz di Sangatta, Kalimantan Timur, Indonesia dengan jarak sejauh 420km adalah luar biasa kerana radio FM biasanya boleh memancar sejauh 120-150km, bergantung kepada keadaan geografik.

No comments:

Post a Comment