Friday, 12 February 2021

Pahang FM 88.0MHz Bukit Sembilan diganggu oleh One FM 88.1MHz di Muadzam Shah, Pahang. Pemancar 88.0MHz boleh dimansuhkan dan diganti oleh pemancar Gunung Ledang FM 100.9MHz!

 



 


Berdasarkan pada video di atas adalah rakaman penerimaan isyarat RTM Pahang FM di Muadzam Shah, Pahang.

 

Pahang FM mempunyai frekuensi Muadzam Shah yang dipancarkan dari Bukit Sembilan pada FM 88.0MHz, kuasa pemancar cuma 0.1kW. Dalam rakaman video atas, Pahang FM 88.0MHz tidak jelas di Muadzam Shah atas akibat gangguan oleh One FM 88.1MHz yang dipancar dari Gunung Ledang, tetapi Pahang FM masih boleh diterima di Muadzam Shah pada 107.5MHz dari Gunung Ulu Kali, cuma penerimaan kurang jelas seperti Radio Klasik FM 93.6MHz, Ai FM 100.4MHz, Traxx FM 97.4MHz, Minnal FM 103.3MHz, Melaka FM 102.3MHz, Negeri FM 107.7MHz dan Johor FM 105.3MHz.

 

Bukit Sembilan adalah tempat pemancar yang sesuai untuk meliputi Keratong, Muadzam Shah dan Pahang Selatan, cuma penerimaan Pahang FM 88.0MHz Bukit Sembilan kurang jelas ialah masalah frekuensi dan ia tidak berkaitan dengan tempat pemancaran.

 

Jika RTM memilih untuk menambah kuasa pemancar Pahang FM 88.0MHz Bukit Sembilan, gangguan oleh One FM 88.1MHz dari Gunung Ledang masih berlaku di Muadzam Shah, juga pemancaran FM 88.0MHz tidak akan memancar ke kawasan Keratong kerana One FM 88.1MHz Gunung Ledang sangat jelas di Keratong.

 

Pada pandangan saya, bagi meliputi lebih luas dengan memancar sampai Keratong, Selancar dan Bera Selatan, pemancar Gunung Ledang lebih sesuai dan strategik untuk Pahang FM di kawasan Muadzam Shah, Keratong, Selancar dan Bera Selatan. Oleh itu, sebelum ini saya pernah sebutkan, RTM perlu melancar Pahang FM di Gunung Ledang (100.9MHz) dan menggantikan pemancar Bukit Sembilan.

 

Sekiranya Pahang FM melancarkan pemancar di Gunung Ledang dan penerimaan di Muadzam Shah adalah jelas, pemancar Bukit Sembilan FM 88.0MHz boleh dimansuhkan, sepertimana Negeri FM menamatkan pemancaran Gemencheh FM 96.3MHz selepas Gunung Ledang FM 107.7MHz dilancarkan.  

2 comments:

  1. Wah...who is this owner of Sangean ATS909? Very pricey tuner!

    ReplyDelete
    Replies
    1. My friend from Melaka

      Delete