Friday 14 February 2020

PENGUMUMAN: Frekuensi Zayan di Taiping, Perak ialah FM 98.1MHz





Kepada pendengar Zayan yang tidak dapat mencari frekuensi di Taiping, Perak, untuk makluman, Zayan boleh diterima di Taiping, Perak pada FM 98.1MHz dari Gunung Jerai, dimana sama frekuensi dengan Alor Setar dan Pulau Pinang.

Walaupun Taiping terletak di negeri Perak, dan Ipoh adalah ibu bandar negeri Perak, tetapi Taiping tidak akan menerima Zayan pada frekuensi Ipoh FM 106.4MHz kerana isyarat Gunung Kledang terlindung oleh Gunung Bubu yang berada di Terong dan Changkat Jering. Jika kita menerima Zayan di Taiping pada FM 106.4MHz (Ipoh), kesemua isyarat adalah bunyi bersebelahan daripada Melody FM 106.5MHz Gunung Jerai.

Penerimaan siaran radio Zayan masih jelas di Taiping pada FM 98.1MHz dari Gunung Jerai, pendengar Zayan cuma tala kepada FM 98.1MHz sahaja dari Taiping sehingga Kangar.


No comments:

Post a Comment