Thursday, 19 July 2018

Radio Klasik atau Nasional FM? Langkawi FM sepatutnya relay stesen mana selepas 7 petang?

Langkawi FM ialah sebuah stesen radio tempatan dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia dan dilancar sejak tahun 1993. Pada masa dahulu, stesen Langkawi FM ialah stesen radio pelancongan untuk menyasarkan pelancong tempatan dan antarabangsa, ia bersiaran dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Pada Disember 2013, saya berada di Georgetown Pulau Pinang, saya mengikuti siaran Langkawi FM yang kurang jelas dan penuh gangguan. Saya mendengar lagu antarabangsa yang berasal dari negara yang berbeza bahasa di stesen ini, pelancong antarabangsa jadi sasaran stesen radio Langkawi FM.

Sejak kebelakangan ini, Langkawi FM ditukar kepada stesen komuniti untuk menyasarkan penduduk tempatan yang menduduk di Langkawi. Siaran bahasa Inggeris dikurangkan kepada 2 jam, program Check In Langkawi 11-3 dijadikan slot dwibahasa, 2 jam pertama adalah siaran bahasa Inggeris untuk menyasarkan pelancong.

Saya masih ingat Langkawi FM bersiaran 18 jam sehari. Selepas Langkawi FM 104.8MHz dijadikan stesen radio komuniti, waktu siarannya dikurangkan kepada 12 jam, dari 7 pagi hingga 7 petang. Selepas 7 petang, Langkawi FM sambung siar bersama Kedah FM.

Oleh kerana Kedah FM juga mempunyai frekuensi Langkawi pada FM 105.7MHz yang dipancar dari Gunung Raya, Langkawi FM 104.8MHz tidak perlu sambung siar bersama Kedah FM. Pada pandangan saya, secara majoriti, Langkawi FM bersiaran dalam bahasa Melayu (10 jam), saya berasa Langkawi FM perlu sambung siar dengan stesen radio berbahasa Melayu RTM yang bersiaran di seluruh negara, sama ada Radio Klasik atau Nasional FM.

Langkawi FM patut sambung siar dengan Radio Klasik atau Nasional FM? Ini adalah soalan yang susah untuk dijawabkan, tetapi analisa perlu dikaji.

1. Nasional FM
* Stesen radio RTM utama. Radio berformat infortainment, siaran meliputi isu semasa, temu bual, politik, dan siaran langsung khas. Juga muzik 1990-an ke atas.
* Liputan siaran gap filler melebihi daripada Radio Klasik
* 50% hiburan, 50% informasi 



2. Radio Klasik
* Stesen radio RTM yang memainkan lagu klasik dari 1940-an hingga 1980-an.
* 80% hiburan, 20% informasi
==Stesen bahasa Melayu di Langkawi==
1. RTM
* Kedah FM 105.7MHz: Stesen radio untuk Kedah yang memegang 60% hiburan dan 40% informasi
* Langkawi FM 104.8MHz: Stesen radio komuniti untuk penduduk Langkawi, Bahasa Melayu 83%, Bahasa Inggeris 17%

2. Astro
* Sinar FM 100.9MHz: Stesen radio untuk menyasarkan pendengar Melayu golongan matang (umur 25-45), memainkan lagu 1980-an ke 2000-an, juga sedikit lagu 2010-an.
* Era FM 90.7MHz: Stesen radio untuk menyasarkan pendengar Melayu golongan muda (umur 10-29), memainkan lagu terbaru, maksimum umur lagu kepada 5 tahun.
Oleh kerana Kedah FM memegang format 60% hiburan 40% informasi, saya berasa Langkawi FM 104.8MHz patut menyambung siaran Radio Klasik selepas 7 petang.

==Cadangan saya mengenai waktu siaran Langkawi FM 104.8MHz==
* 7  pagi - 11 pagi: Kuah 7-11
* 11 pagi - 3 petang: Check In Langkawi
* 3 petang - 6 petang: Cenang 3-6
* 6 petang - 7 malam: Radio Klasik (sambung siar)

Sebenarnya, bukan semua kawasan di Pulau Langkawi boleh menerima signal Radio Klasik FM 94.9MHz dari Gunung Jerai. Oleh itu, sambung siar Radio Klasik di Langkawi FM 104.8MHz diperlukan.

Selain itu, Langkawi FM mempunyai dua frekuensi, iaitu 104.8MHz Gunung Raya dan 87.5MHz RTM Kuah. FM 104.8MHz Gunung Raya boleh didengari di seluruh Pulau Langkawi, saya mencadangkan bahawa frekuensi Langkawi FM 87.5MHz perlu ditukar kepada Traxx FM dengan memindahkan tempat pemancarnya ke Gunung Raya, bagi menyasarkan pelancong tempatan dan antarabangsa, juga memberi alternatif kepada pendengar berbahasa Inggeris selepas Hitz FM 92.4MHz.

Lintas Sejenak bersama Kedah FM adalah siaran bimbingan agama dimana bersiaran di Kedah FM 105.7MHz dan Langkawi FM 104.8MHz pada 6 petang. Pada pandangan saya, oleh kerana program ini boleh didengari di Kedah FM 105.7MHz, saya berasa program ini tidak diperlukan sambung siar di Langkawi FM 104.8MHz lagi. Langkawi FM 104.8MHz boleh sambung siar program Radio Klasik selepas 6 petang. Oleh itu, waktu siaran Langkawi FM 104.8MHz dikurangkan lagi kepada 11 jam.

Secara kesimpulannya, Radio Klasik lebih sesuai disambung siar di Langkawi FM 104.8MHz kerana ia boleh memberi alternatif kepada pendengar di Langkawi selepas Sinar FM.

No comments:

Post a Comment