Saturday 25 November 2017

Bilakah Kool FM ada frekuensi di wilayah selatan?



Kool FM mempunyai lima frekuensi di negara Malaysia.

- 101.3 di Lembah Klang dari Bukit Sungai Besi
- 90.2 di Pulau Pinang dari Bukit Penara. Boleh didengari di Perak Utara dan Kedah Selatan
- 93.6 di Kuala Terengganu dari Bukit Besar
- 88.6 di Kota Bharu dari Peringat
- 107.3 di Alor Setar dari Menara Alor Setar

Pelancaran frekuensi Kool FM terakhir ialah di Alor Setar pada Oktober 2016. Sampai sekarang, Kool FM belum ada frekuensi di kawasan lain seperti Perak, Kuantan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kawasan Ipoh memang tiada frekuensi, 93.9 dan 94.9 dilihat sebagai frekuensi kosong tidak boleh digunakan akibat "co-channel" dengan Mutiara FM 93.9MHz dan Radio Klasik 94.9MHz Gunung Jerai, boleh menyebabkan gangguan teruk kepada liputan Gunung Jerai di beberapa kawasan Kedah. Jarak minima antara Gunung Kledang dan Gunung Jerai ialah 100kHz, tiada jarak stesen radio antara Kledang dan Jerai ialah 0kHz pada masa kini. Tidak semua kawasan Ipoh boleh dapat Kool FM dengan jelas jika dipancar dari Bukit Larut.

Kool FM tidak mempunyai sebarang frekuensi di kawasan wilayah selatan sampai sekarang. Saya perasan bahawa tiada frekuensi kosong di kawasan Johor Bahru lagi. Walaupun 107.9MHz adalah kosong, saya diberitahui frekuensi tersebut telah digunakan di kawasan lapangan terbang untuk pemancar "airband" di Johor Bahru, Singapura dan Indonesia. Kos memang tinggi jika frekuensi 107.9MHz di lapangan terbang ketiga-tiga kawasan tersebut ditukar.

Untuk wilayah selatan, biasanya ada tiga pemancar untuk meliputinya (tidak termasuk pemancar gap filler).

- Gunung Telapak Burok untuk Negeri Sembilan kecuali Tampin dan FELDA Lui Jempol
- Gunung Ledang untuk Melaka dan Johor Utara
- Gunung Pulai untuk Johor Selatan, boleh diterima di Singapura.

Bayangkan jika frekuensi 107.9MHz tiada lagi digunakan untuk tujuan penerbangan, Kool FM boleh menggunakan 107.9MHz di Gunung Pulai untuk kawasan Johor Selatan, tambahan pula Singapura boleh menerima Kool FM untuk bersaing dengan Mediacorp Warna 94.2FM. Malangnya, sampai sekarang 107.9MHz tidak boleh digunakan untuk penyiaran radio di Johor Selatan dari Gunung Pulai. Saya diberitahui bahawa penggunaan frekuensi 107.9MHz untuk penyiaran radio boleh menyebabkan kemalangan penerbangan (yang boleh membawa maut kepada penumpang kapal terbang) akibat gangguan kepada pemancaran penerbangan jika 107.9MHz sedang digunakan untuk penerbangan.

Kesiannya tiada frekuensi Kool FM lagi di wilayah selatan sampai sekarang, terpaksa dengar melalui app atau online. Pada pandangan saya, Kool FM memerlukan sekurang-kurangnya 1 pemancar untuk wilayah selatan, iaitu frekuensi Melaka dari Gunung Ledang. Walaupun frekuensi Johor Bahru sudah penuh, tetapi Gunung Ledang dilihat bahawa masih mempunyai frekuensi kosong lagi.

Dengan frekuensi Kool FM di Gunung Ledang, sekurang-kurangnya Kool FM boleh meliputi Melaka, Johor Utara dan sebahagian besar kawasan Negeri Sembilan.

==Kawasan liputan Kool FM Gunung Ledang==
- Seluruh Melaka
- Johor: Muar, Tangkak, Bakri, Pagoh, Gerisek, Sungai Mati, Parit Jawa, Batu Pahat, Sri Gading, Kluang, Parit Raja, Parit Sulong, Semerah, Yong Peng, Simpang Renggam, Chaah, Labis, Segamat, Batu Anam. Boleh didengari di Kota Tinggi dan Pontian dengan penerimaan yang lemah
- Negeri Sembilan: Tampin, Gemencheh, Gemas, Rompin, Bahau, Bandar Seri Jempol, FELDA Serting, FELDA Lui, Kampung Sungai Lui, Kuala Pilah, Serting, Batu Kikir, Juasseh, Simpang Pertang, Pusat Bandar Palong, Rembau, Kota dan sedikit kawasan Kuala Klawang.
- Pahang: Kemayan, Muadzam Shah dan Keratong

Untuk frekuensinya, ada orang cadang FM 100.8MHz. Pada pandangan saya, FM 100.8MHz itu bahaya kerana boleh membawa gangguan kepada liputan MY FM 100.6MHz Gunung Telapak Burok di Negeri Sembilan akibat MY FM 100.6MHz Gunung Telapak Burok mempunyai jarak 200kHz lagi daripada Ai FM 100.4MHz Gunung Ledang. Lihat analisa ini:

100.4MHz: Ai FM Gunung Ledang
100.6MHz: MY FM Gunung Telapak Burok
100.8MHz: Kool FM Gunung Ledang

<200kHz +&-, gangguan teruk>

Pada pandangan saya juga, frekuensi FM 100.9MHz lebih sesuai digunakan oleh Kool FM di Gunung Ledang, kawasan utama ialah Melaka terdahulu, diikuti Johor Utara dan sebahagian Negeri Sembilan, tetapi kawasan Johor Bahru tidak akan menerimanya dengan jelas kerana 200kHz dengan Minnal FM 101.1MHz dari Gunung Pulai. Walaupun frekuensi 100.9MHz yang saya cadangkan untuk Kool FM sama dengan Selangor FM 100.9MHz Ulu Kali, saya mungkin berfikir bahawa tiada masalah jika ada co-channel interference di Negeri Sembilan seperti Port Dickson dan Rantau serta Pahang (Bera, Teriang dan Temerloh), kerana kawasan yang ada gangguan frekuensi sama bukan lagi kawasan liputan Kool FM Gunung Ledang dan Selangor FM Gunung Ulu Kali. Justeru, Selangor FM 100.9MHz hanya untuk negeri Selangor sahaja. Kool FM boleh tambah frekuensi Seremban di Gunung Telapak Burok jika penerimaan Gunung Ledang tidak jelas di Negeri Sembilan dan Pahang Tengah.

100.9MHz: Kool FM Gunung Ledang
100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali
<0kHz, OK>

100.6MHz: MY FM Gunung Telapak Burok
100.9MHz: Kool FM Gunung Ledang
<300kHz, OK>

100.9MHz: Kool FM Gunung Ledang
101.1MHz: Minnal FM Gunung Pulai
<200kHz, OK>

100.9MHz: Kool FM Gunung Ledang
101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung
<200kHz, OK>

== Contoh co-channel Gunung Ledang dan Gunung Ulu Kali==

103.3MHz: Era FM Gunung Ulu Kali
103.3MHz: Minnal FM Gunung Ledang

105.3MHz: Suria FM Gunung Ulu Kali
105.3MHz: Johor FM Gunung Ledang (Johor Utara sahaja)

88.1MHz: one FM Gunung Ulu Kali
88.1MHz: one FM Gunung Ledang

100.9MHz: Selangor FM Gunung Ulu Kali
100.9MHz: Kool FM Gunung Ledang
<OK>

Kool FM perlu lancar frekuensi Melaka di Gunung Ledang terdahulu untuk wilayah selatan, diikuti Gunung Telapak Burok untuk Negeri Sembilan dan Pahang Tengah.

11 comments:

  1. Pada pandangan saya, sekiranya Kool FM Gunung Ledang menggunakan frekuensi 100.9MHz, sesetengah kawasan pantai barat barat Melaka seperti Tanjung Bidara, Pengkalan Balak, Kuala Sungai Baru dan Kuala Linggi serta Port Dickson di Negeri Sembilan tidak akan dapat menerima siaran tersebut dengan jelas kerana berlaku pertindihan frekuensi dengan Selangor FM Gunung Ulu Kali. Hal ini kerana penerimaan siaran Selangor FM di sesetengah kawasan tersebut agak jelas dan nyata dan ini akan menyebabkan gangguan siaran yang teruk sama seperti yang terjadi pada pertindihan Minnal FM dan Era FM 103.3MHz. Berbeza pula dengan kes pertindihan Johor FM dan Suria FM 105.3MHz, gangguan siaran adalah minimal dan tidak ketara kerana penerimaan Johor FM yang lemah akibat antenna pemancar yang tidak dihalakan ke kawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan kool fm di Johor Bahru frekuensi 103.3MHz...tetapi ada gangguan siaran oleh radio Minnal FM dari gunung ledang...

      Delete
    2. 103.3MHz tu digunakan oleh Astro Melody FM di Metropolis Tower untuk bandar JB

      Delete
  2. Kecuali Kool FM melancar frekuensi Gn Telapak Burok 102.1 sebagai alternatif... Boleh cover Melaka barat laut dan Pahang Tengah

    ReplyDelete
  3. Sampai sekarang kool fm belum sampai ke Melaka frekuensi 100.9,tetapi saya lihat ada frekuensi kosong lagi di Melaka contohnya :90.7/91.5/89.9/89.1/87.6/94.4/95.2/99.3/100.1, tetapi frekuensi radio kool fm 100.1 tidak boleh digunakan kerana terlalu rapat dengan frekuensi radio Ai FM 100.4 dari pemancar Gunung Ledang.

    ReplyDelete
  4. Sampai sekarang kool fm belum sampai ke Melaka frekuensi 100.9,tetapi saya lihat ada frekuensi kosong lagi di Melaka contohnya :90.7/91.5/89.9/89.1/87.6/94.4/95.2/99.3/100.1, tetapi frekuensi radio kool fm 100.1 tidak boleh digunakan kerana terlalu rapat dengan frekuensi radio Ai FM 100.4 dari pemancar Gunung Ledang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 90.7, 89.9, 94.4, 95.2, 99.3 x sesuai kerana akan bawa gangguan kepada gn telapak burok 90.5, 89.7, 94.2, 95.0 dan 99.5 kerana sudah ada gn ledang 90.3, 89.5, 94.0, 94.8 dan 99.7

      Delete
  5. Bila kool fm lancar frekuensi 100.9 di Melaka??

    ReplyDelete
  6. Di Johor Bahru banyak frekuensi kosong sebab banyak radio di Riau / Batam Yang disenaraikan sudah ditutup. Dan setakat ini siaran Radio Batam hanya boleh didengari di Pengerang dan Pasir Gudang sahaja itu pun beberapa saluran sahaja. Manakala di Johor Bahru hanya boleh mendengar beberapa radio Batam seperti 102.3, 105.1, 105.5, 106.2 & 107.0.Saya cadangkan KoolFN di JB 90.9, 93.5, 88.5 dan 89.5

    ReplyDelete
    Replies
    1. frekuensi yang anda cadangkan tidak boleh digunakan akibat gangguan kepada singapura dan batam 90.9, 93.3, 93.8, 88.3, 89.3 dan 89.7

      Delete