Kool FM ialah stesen berbahasa Melayu yang terbaru, telah dilancarkan pada 3 Mac 2016 oleh Media Prima. Sebelum Kool FM dilancar, frekuensi 101.3MHz ialah Ultra FM di Lembah Klang dan 90.2MHz ialah PiMai FM di Pulau Pinang.
Sasaran pendengar Kool FM adalah Gen X, dimana umur pendengar antara 25-44 tahun, pesaingnya ialah Sinar FM. Kool FM memainkan lagu tempatan dan antarabangsa daripada 1980-an, 1990-an, 2000-an dan terbaru.
Mengenai frekuensinya, Kool FM hanya bersiaran pada 101.3MHz dari Bukit Sungai Besi untuk Lembah Klang dan 90.2MHz dari Bukit Penara untuk Pulau Pinang.
Banyak pendengar asyik bertanya...
"Bila Kool FM akan lancar di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Ipoh, Taiping, Sabah, Sarawak, Kuantan, Terengganu?"
"Kool Fm bila akan pergi ke Melaka ya?"
Contoh soalannya...
Tetapi saya mendapati Kool FM membalas salah satu post page pendengar dengan komen "coming soon" (bermaksud akan datang)
Pada pandangan saya, Kool FM bakal melancar frekuensinya di Gunung Ledang dahulu kerana Gunung Pulai telah penuh..
Terdapat frekuensi kosong di Gunung Ledang sebenarnya, 91.5MHz, 100.9MHz, 103.9MHz dan 106.0MHz.. Saya mencadangkan 100.9MHz...
Kerana Kool FM tidak dapat diterima siarannya di Negeri Sembilan. Dengan pemancar Gunung Ledang, kebanyakan kawasan Negeri Sembilan bakal menerima siaran Kool FM.
Untuk kawasan Seremban, saya berasa Kool FM hanya dapat melancar di Bukit Gan (stesen pemancar One FM 88.3MHz), bukannya Gunung Telapak Burok. Sebabnya, menara pemancar Gunung Telapak Burok telah penuh kapasitinya, walaupun masih ada frekuensi kosongnya. Frekuensinya, aku cadang FM 101.1MHz...
Pihak SKMM sedang membuat penilaian terhadap frekuensi Kool FM, setakat masa ini saya tahu..
Saya meramalkan Kool FM bakal melancarkan frekuensi untuk Melaka dan Johor Utara pada Jun atau Julai 2016. Kool FM tengah berusaha memperluaskan siarannya ke seluruh negara.
Dengan pemancar Gunung Ledang, Kool FM bakal diterima di:
- Seluruh Melaka
- Johor: Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Segamat
- Negeri Sembilan: Kuala Pilah, Gemas, Tampin, Rembau, Bahau, Jempol, Kuala Klawang dan Jelebu Timur
- Pahang: Keratong
No comments:
Post a Comment