Thursday, 12 November 2015

Penerimaan siaran Ikim FM di Perak Utara dan Taiping (bahagian 3)

Ikim FM bersiaran pada frekuensi FM 102.7MHz di Perak.

Untuk makluman semua, pada masa kini, siaran Ikim FM 102.7MHz di Taiping dan Perak Utara sudah ok. Tiada gangguan antara pemancar Balik Pulau Pulau Pinang dan Ipoh berlaku di Perak Utara.

Kawasan Taiping tidak akan dapat signal dari Gunung Kledang, Bukit Genting jika guna radio biasa, tetapi IKIM FM 102.7MHz dapat di Taiping dan Perak Utara jelas..

Pada pandangan saya, IKIM FM mungkin memasang satu pemancar kuasa rendah di Bukit Larut, sebanyak 0.1kW, ini menyebabkan kawasan Taiping dan Perak Utara seperti Alor Pongsu dan Semanggol jelas.

Bukit Genting hanya meliputi barat daya Pulau Pinang sahaja. Walaupun kuasa Bukit Genting ditambah kepada 1-2kW, ia tidak akan meliputi Perak Utara dan Seberang Perai dengan jelas kerana ketinggian bukit terhad, sama dengan Gunung Kledang.

==IKIM FM frekuensi Taiping==
Frekuensi: 102.7MHz
Kuasa: 0.1kW
Tempat pemancaran: Bukit Larut, Taiping
Kawasan liputan: Taiping dan kawasan berhampirannya sahaja.

Frekuensi kosong 88.8MHz yang saya cadangkan tidak boleh digunakan kerana Radio Klasik telah menggunakan 88.7MHz di Bukit Gantang untuk Changkat Jering dan Padang Rengas.





Senarai pemancar IKIM FM 102.7MHz:

1. Bukit Larut 0.1kW
2. Bukit Genting 0.5kW
3. Gunung Kledang 2kW 


No comments:

Post a Comment