1. Bukit Larut 104.1MHz untuk Perak Utara (Taiping, Kerian, Selama), Pulau Pinang
2. Gunung Kledang 95.6MHz untuk Perak Tengah, boleh didengari di Selangor Utara
3. Bukit Asa 89.6MHz untuk Tanjung Malim dan Slim River
4. Changkat Rembian 97.3MHz untuk Tapah dan Bidor
5. Gunung Brinchang 94.7MHz untuk Cameron Highlands
6. Bukit Ladang Teh 94.2MHz untuk Lenggong
7. RTM Gerik 96.2MHz untuk Gerik
Yang paling utara hanya 96.2MHz Gerik.
Di Pengkalan Hulu, siaran Perak FM dari Gerik FM 96.2MHz kurang jelas, ada kawasan tidak dapat siaran Perak FM 96.2MHz akibat tindih dengan 988 96.1MHz dari Gunung Jerai yang menggunakan kuasa 10kW.
==Analisis radio frekuensi Perak FM==
96.1MHz: 988 Gunung Jerai 10kW
96.2MHz: Perak FM RTM Gerik 0.5kW
Jarak: 100kHz
==Perak FM di Pengkalan Hulu dan Kelian Intan==
104.1MHz Bukit Larut: tidak dapat
96.2MHz Gerik: Tidak jelas akibat bertindih dengan 988
Pada pandangan saya, Perak FM boleh menambah 1 lagi pemancar di Bukit Palong untuk meliputi Pengkalan Hulu, Kelian Intan, dan Gerik Utara. Walaupun 96.2MHz mempunyai jarak 100kHz dengan 988 96.1MHz, tetapi siaran Perak FM di Gerik Utara, Pengkalan Hulu dan Kelian Intan lebih stabil jika menerima dari Bukit Palong, berbanding dengan 96.2MHz.
Dengan pemancar Perak FM di Bukit Palong 104.7MHz, pemancar Bukit Palong boleh jadi pelengkap siaran Perak untuk seluruh negeri Perak.
==Perak FM Bukit Palong== (cadangan)
Frekuensi: FM 104.7MHz
Kuasa: 1kW
Kawasan liputan: Pengkalan Hulu, Gerik Utara, Kelian Intan dan Belum. Walaupun Baling Sik Sungai Petani Kedah dan Betong Thailand bukan di bawah kawasan liputan Perak FM 104.7MHz Bukit Palong, tetapi kawasan ini masih dapat dengan jelas juga.
==RF analisis Perak FM Bukit Palong==
104.4MHz: Lite FM Gunung Jerai
104.7MHz: Perak FM Bukit Palong
104.9MHz: Melody FM Bukit Larut
No comments:
Post a Comment