Thursday, 24 September 2015

Cadangan penambahan pemancar Asyik FM untuk Perak

Asyik FM (dahulu dikenali sebagai Radio 7 sebelum 2005) ialah sebuah stesen radio berbahasa Orang Asli di Malaysia, ia dioperasi oleh RTM. Pada masa hari ini, Asyik FM teleh beroperasi dengan beberapa pemancar di Malaysia, dimana telah meliputi Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak Selatan.

91.1MHz Menara Kuala Lumpur
102.5MHz Gunung Ulu Kali untuk Selangor, Pahang Barat, Perak Selatan
105.1MHz Gunung Brinchang untuk Cameron Highlands
89.3MHz Ulu Tembeling
95.6MHz Gunung Ledang untuk Johor Utara (Segamat dan Tangkak sahaja), kuasa: 250W

Di Perak, siaran Asyik FM memang sukar diterima, 105.1MHz dan 102.5MHz memang diganggu siaran oleh stesen radio lain.

105.1MHz: diganggu oleh stesen Bukit Larut dan Gunung Ulu Kali (104.9MHz dan 105.3MHz)
102.5MHz: diganggu oleh stesen IKIM FM Gunung Kledang (102.7MHz)

Pada pandangan saya, 1 pemancar Asyik FM untuk negeri Perak perlu ditambah. Di negeri Perak, terdapat 2 tempat pemancar utama, iaitu Gunung Kledang dan Bukit Larut.

1. Gunung Kledang untuk Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung, Kinta, Kampar, Batang Padang
2. Bukit Larut untuk Perak Utara

Oleh kerana Orang Asli di Perak tertumpu di kawasan Perak Tengah seperti Kinta, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, dan Tapah, Asyik FM menambah 1 pemancar di Gunung Kledang untuk Perak lebih baik daripada Bukit Larut.

Di Gunung Kledang, terdapat juga 2 frekuensi kosong, iaitu 93.3MHz dan 94.9MHz. Frekuensi 93.3MHz dicadangkan guna oleh stesen swasta, manakala 94.9MHz dicadangkan guna oleh stesen radio awam. Walaupun frekuensi 93.9MHz adalah kosong di Perak, tetapi tidak digunakan untuk memberi ruang kepada Bernama Radio 24 bagi memindah tempat pemancar ke Bukit Cincin Genting.

Pada April 2014, saya pernah mencadangkan Asyik FM mengambil alih frekuensi Radio Klasik di Changkat Rembian 88.7MHz untuk bersiaran di Gunung Kledang. Akhirnya, frekuensi Radio Klasik di Tapah 88.7MHz dikekalkan, oleh itu IKIM FM boleh bersiaran di Bukit Larut pada 88.8MHz.

Frekuensi FM 94.9MHz ialah frekuensi yang paling sesuai digunakan oleh Asyik FM di Gunung Kledang. 

==Asyik FM Perak==
Frekuensi: 94.9MHz
Kuasa: 1kW (sama dengan Perak FM, Ai FM, Minnal FM, Traxx FM etc)
Tempat pemancaran: Gunung Kledang, Perak
Kawasan liputan: Ipoh, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Teluk Intan, Bidor, Tapah, Sungkai, Seri Iskandar, Pulau Pangkor, Sitiawan, Manjung, Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Chemor, Ulu Kinta, Lumut

==RF Analysis FM 94.9MHz==

94.7MHz: Perak FM Gunung Brinchang
94.9MHz: Asyik FM Gunung Kledang

Jarak 200kHz 

94.9MHz: Asyik FM Gunung Kledang
95.2MHz: ERA FM Bukit Larut

Jarak: 300kHz

94.9MHz: Asyik FM Gunung Kledang
94.9MHz: Radio Klasik Gunung Jerai

Jarak: 0kHz, gangguan berlaku di Taiping, Changkat Jering dan Perak Utara.

Dengan frekuensi 94.9MHz Gunung Kledang, pendengar boleh menerima siaran Asyik FM dengan lebih jelas di Perak. Penerimaan siaran Asyik FM 94.9MHz di Perak akan jangka lebih jelas daripada FM 102.5MHz dan 105.1MHz.




No comments:

Post a Comment