Di
Pahang Barat, Pahang FM diterima pada frekuensi 107.5MHz dari Gunung
Ulu Kali, ia meliputi Bentong, Temerloh, Chenor, Bera, manakala FM
102.2MHz Bukit Fraser meliputi Raub sahaja.
Di
barat daya Pahang, Keratong mungkin menerima Pahang FM pada 107.5MHz
Gunung Ulu Kali dan 88.0MHz Bukit Sembilan, tetapi penerimaannya mungkin
kurang jelas akibat gangguan oleh stesen lain.
Walaupun
Pahang FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali mempunyai jarak 200kHz kiri kanan
daripada Melody FM 107.3MHz dan Negeri FM 107.7MHz dari Gunung Ledang,
jarak antaranya ok kerana kedua-dua tempat pemancar sangat jauh, tetapi
107.5MHz dijangka mempunyai gangguan dari Gunung Ledang jika menerima di
Keratong, Tembangau, Felda Selancar dan Felda Bera Selatan.
Untuk
FM 88.0MHz Bukit Sembilan pula, kemungkinan Pahang FM mempunyai
gangguan dari One FM 88.1MHz Gunung Ledang di kawasan Keratong, terutama
kawasan FELDA Selancar yang berhampiran dengan sempadan negeri Johor
(Segamat). Sebenarnya, penggunaan frekuensi FM 88.0MHz oleh Pahang FM di
Bukit Sembilan beroperasi lebih awal daripada One FM 88.1MHz Gunung
Ledang.
Untuk
meliputi sebahagian besar Pahang Selatan, tempat pemancar yang
strategik ialah Gunung Ledang di negeri Johor. Sekiranya Pahang FM
memasang pemancar di Gunung Ledang bagi meliputi kawasan Keratong, FELDA
Selancar, FELDA Tembangau, Muadzam Shah dan FELDA Bera Selatan, kawasan
liputannya lebih strategik daripada FM 88.0MHz Bukit Sembilan yang
meliputi Muadzam Shah sahaja kerana Gunung Ledang boleh menjana lebih
liputan atas sebab ketinggian tempat pemancarnya.
Dari segi frekuensi, FM 100.9MHz adalah paling sesuai buat masa ini.
==Cadangan parameter Pahang FM untuk Pahang Selatan==
* Frekuensi: FM 100.9MHz
* Kuasa: 1kW
* Tempat pemancar: Gunung Ledang, Johor
* Kawasan liputan: FELDA Selancar, Muadzam Shah, Keratong, FELDA Bera Selatan, FELDA Tembangau
==RF analisa==
100.9MHz: Selangor Gunung Ulu Kali
100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang
<0kHz, OK>
100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang
101.1MHz: Minnal FM Gunung Pulai
<200kHz, OK>
100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang
101.1MHz: MY FM Bukit Pelindung
<200kHz, OK>
100.6MHz: MY FM Gunung Telapak Burok
100.9MHz: Pahang FM Gunung Ledang
<300kHz, OK>
Jika RTM menambah pemancar Pahang FM 100.9MHz di Gunung Ledang:
1.
Pendengar di Tembangau, Bera Selatan, FELDA Selancar, dan Keratong
boleh menerima siaran Pahang FM pada 100.9MHz dari Gunung Ledang dengan
jelas. Penerimaan siaran tersebut dijangka lebih jelas daripada 107.5MHz
Gunung Ulu Kali dan 88.0MHz Bukit Sembilan (bagi kawasan Keratong yang
berhampiran dengan sempadan Johor).
2. RTM bakal mempunyai sepuluh pemancar radio di Gunung Ledang, Johor.
3.
Memberi kelebihan kepada pendengar Pahang FM yang kerap berulang-alik
dari Pahang ke sempadan Negeri Sembilan dan Johor. Contoh: Dari Keratong
ke Segamat, atau Dari Keratong ke Jempol
4.
Segamat, Gemas, Gemencheh, FELDA Palong, FELDA Serting Hilir, Bandar
Seri Jempol, Batu Anam, Jementah, Labis, Chaah dan Rompin yang bukan
terletak di negeri Pahang dan juga bukan liputan utama Pahang FM
100.9MHz Gunung Ledang boleh menerima siaran tersebut.
5.
Buat masa ini, semua pemancar Pahang FM terletak di negeri Pahang,
Pahang FM boleh "membuat" sejarah baru dengan merentas negeri ke Johor
dan memasang pemancar di Gunung Ledang untuk meliputi Pahang Selatan.
Mengenai
RF analisa, penggunaan frekuensi FM 100.9MHz oleh Pahang FM di Gunung
Ledang tidak akan mempunyai gangguan dengan Selangor FM 100.9MHz dari
Gunung Ulu Kali di Melaka dan Port Dickson kerana Pahang FM 100.9MHz
hanya meliputi Pahang Selatan sahaja. Gangguan cuma berlaku di Teriang
dan Bandar Bera, tetapi kawasan Teriang dan Bandar Bera boleh menerima
107.5MHz dengan jelas.
Sejak
Pahang FM 100.9MHz Gunung Ledang hanya meliputi Pahang Selatan, ini
tidak bermakna pendengar di Melaka, Johor (Muar, Batu Pahat, Tangkak,
Kluang) dan Negeri Sembilan (Tampin, Rembau, Linggi) akan menerima
siaran tersebut atas sebab arah pemancaran.
RTM
masih boleh mengekalkan pemancar Pahang FM 88.0MHz Bukit Sembilan untuk
Muadzam Shah sebagai pemancar jurang (gap filler transmitter) bagi
meliputi kawasan titik buta di Muadzam Shah, walaupun Gunung Ledang FM
100.9MHz dilancarkan.
Di
samping itu, pemancar Pahang FM 100.9MHz Gunung Ledang boleh
menyasarkan pendengarnya yang kerap merentas negeri dari Pahang ke
sempadan Johor dan Negeri Sembilan. Contohnya:
1. Dari Tembangau (Pahang) ke Felda Serting (Negeri Sembilan)
2. Dari Keratong (Pahang) ke Felda Palong (Negeri Sembilan)
3. Dari Felda Selancar (Pahang) ke Segamat (Johor)
4. Dari Felda Selancar (Pahang) ke Labis (Johor)
Selain
itu, bagi pendengar yang berada di Kemayan, Teriang dan Bandar Bera
mengunjungi Keratong dan Muadzam Shah dengan melalui Jalan Felda Lui dan
Felda Palong, pendengar Pahang FM boleh menala frekuensi ke 100.9MHz
Gunung Ledang apabila mereka tidak dapat menerima 107.5MHz dari Gunung
Ulu Kali semasa dalam perjalanan dari Kemayan/Teriang/Bera ke Keratong.
Pendengar
Pahang FM yang berada di Tembangau, Kota Shah Bandar, Keratong boleh
menerima siaran Pahang FM dengan lebih jelas pada FM 100.9MHz dari
Gunung Ledang apabila FM 107.5MHz Gunung Ulu Kali diganggu oleh Negeri
FM 107.7MHz dari Gunung Ledang.
Saya
mungkin menyedari bahawa Pahang FM 88.0MHz dari Bukit Sembilan diganggu
oleh One FM 88.1MHz dari Gunung Ledang di FELDA Selancar, Keratong,
Pahang yang bersempadan dengan negeri Johor. Dengan pemancar Gunung
Ledang FM 100.9MHz, pendengar di kawasan tersebut boleh tala ke
frekuensi tersebut apabila 88.0MHz ditindih oleh One FM 88.1MHz.
Secara
keseluruhannya, RTM bakal mempunyai empat buah stesen radio negeri di
Gunung Ledang untuk liputan berbeza sekiranya RTM menambah pemancar
Pahang FM di Gunung Ledang, seperti:
1. Johor FM 105.3MHz untuk Johor Utara sahaja
2. Melaka FM 102.3MHz untuk Melaka sahaja
3. Negeri FM 107.7MHz untuk Negeri Sembilan Timur seperti Simpang Pertang, Felda Palong, Felda Lui, Gemencheh & Gemas
4.
Pahang FM 100.9MHz untuk Pahang Barat Daya dan Selatan seperti
Keratong, Felda Tembangau, Muadzam Shah, Felda Bera Selatan dan Felda
Selancar (cadangan)
RTM boleh mempertimbangkan cadangan ini jika perlu.