==BAHASA MELAYU==
Sehingga sekarang, radio IKIM FM masih bersiaran di Miri, Sarawak pada frekuensi 104.0MHz dari pemancar Tanjong Lobang. Pemancar Tanjong Lobang terletak di Bandaraya Miri, tetapi liputan pemancar Tanjong Lobang tidak luas seperti Bukit Lambir.
Sinar FM telah memindah tempat pemancar frekuensi Miri dari Tanjong Lobang ke Bukit Lambir sejak tahun 2020, frekuensi asal Sinar FM di Miri, Sarawak ialah 87.7MHz, dan ia ditukar ke 96.6MHz setelah Sinar FM menggunakan pemancar Bukit Lambir untuk meliputi Miri. Oleh itu, IKIM FM ialah satu-satunya stesen radio yang masih bersiaran di Miri, Sarawak dari tempat pemancar Tanjong Lobang.
Tanjong Lobang hanya meliputi Bandaraya Miri, Lutong dan Kuala Baram, isyarat menjadi lemah di Marudi dan Brunei (Kuala Belait & Seria). IKIM FM 104.0MHz dari Tanjong Lobang tidak dapat diterima di Bekenu dan Batu Niah, berbanding dengan RTM Sarawak FM 88.1MHz yang dipancar dari Bukit Lambir.
Pada pandangan saya, IKIM FM boleh menggunakan pemancar Bukit Lambir kerana liputan Bukit Lambir lebih luas daripada Tanjong Lobang, tetapi frekuensi perlu ditukar dari 104.0MHz ke 103.9MHz supaya ia tidak akan bertindih dengan RTM Red FM 104.1MHz dari Bukit Mas Limbang di kawasan antara Miri dan Limbang.
Jarak frekuensi antara Bukit Lambir dan Bukit Mas pada 200kHz dikira sempurna kerana kedua-dua stesen radio tidak akan bertindih di kawasan antara Miri dan Limbang.
Selain daripada Miri, Lutong dan Kuala Baram, IKIM FM 103.9MHz dari Bukit Lambir boleh diterima di Marudi, Bekenu, Beluru, sebahagian Niah dan Brunei. Dari Miri ke Bandar Seri Begawan, Brunei, IKIM FM pula boleh diterima sehingga Daerah Tutong sekiranya frekuensinya di Miri dipancar dari Bukit Lambir.
Di Negara Brunei, IKIM FM 103.9MHz Bukit Lambir boleh didengari lebih luas daripada 104.0MHz Tanjong Lobang.
Menara Tanjong Lobang tidak akan mempunyai sebarang pemancar radio sekiranya IKIM FM berpindah ke Bukit Lambir.
Mengenai kuasa pemancar, IKIM FM 104.0MHz menggunakan pemancar berkuasa 2kW di Tanjong Lobang, tetapi kuasa pemancar 1kW sudah cukup bagi IKIM FM 103.9MHz dari Bukit Lambir.
Saya telah memanjangkan cadangan ini kepada pihak IKIM FM petang tadi, saya berharap agar cadangan ini akan dipertimbangkan.
==ENGLISH==
Until now, the frequency of IKIM FM in Miri, Sarawak is still transmitted from Tanjong Lobang transmitter tower. Tanjong Lobang is located in Miri City Center, but the coverage of this tower is not wide as Bukit Lambir.
Since 2020, Sinar FM had already moved its Miri frequency's transmitter site from Tanjong Lobang to Bukit Lambir, the original frequency was 87.7MHz, then it was changed to 96.6MHz after moving to Bukit Lambir. Hence, IKIM FM is the only radio station transmitted from Tanjong Lobang for Miri.
Due to lower height of the transmitter site, Tanjong Lobang only covers Miri City, Lutong and Kuala Baram, the signal becomes weak in Marudi and Brunei (Kuala Belait & Seria). IKIM FM 104.0MHz from Tanjong Lobang has no coverage in Bekenu and Niah by comparing with RTM Sarawak FM 88.1MHz from Bukit Lambir.
In my opinion, IKIM FM can move out its transmitter from Tanjong Lobang and transmit the signal in Bukit Lambir because the transmission coverage of Bukit Lambir is wider than Tanjong Lobang, but the frequency needs to be changed from 104.0MHz to 103.9MHz, so that IKIM FM 103.9MHz Bukit Lambir transmitter will not interfere against Red FM 104.1MHz Bukit Mas transmitter in between Miri and Limbang as both frequencies are separated at 200kHz.
It is very perfect when Bukit Lambir and Bukit Mas frequencies are separated at 200kHz, instead of 100kHz. So, both transmitters won't interfere each other.
Outside Miri, Kuala Baram and Lutong, IKIM FM 103.9MHz from Bukit Lambir can be received in Marudi, Bekenu, Niah and Brunei. From Miri to Bandar Seri Begawan, Brunei, IKIM FM 103.9MHz Bukit Lambir transmitter can be tuned up to Tutong District.
In Brunei, IKIM FM 103.9MHz Bukit Lambir is wider than 104.0MHz Tanjong Lobang.
If IKIM FM uses Bukit Lambir transmitter to broadcast for Miri, Tanjong Lobang tower will have no FM radio transmitters anymore.
Regarding the transmitter power, currently IKIM FM 104.0MHz is running at 2kW in Tanjong Lobang, but it is already sufficient to operate at 1kW transmitter power when IKIM FM operates in Bukit Lambir on 103.9MHz.
I have expressed this suggestion to IKIM FM via email, hopefully this suggestion will be taken into consideration.
==RF analysis==
103.9MHz: IKIM FM Bukit Lambir 1kW
104.5MHz: Traxx FM RTM Miri
<600kHz, OK>
103.2MHz: MY FM Bukit Lambir
103.9MHz: IKIM FM Bukit Lambir 1kW
<700kHz, OK>
103.7MHz: RTM Labuan FM (TX_RTM Labuan)
103.9MHz: IKIM FM Bukit Lambir 1kW
<200kHz, OK>
103.9MHz: IKIM FM Bukit Lambir 1kW
104.1MHz: RTM Red FM Bukit Mas
<200kHz, OK>
==Peta liputan pemancar Bukit Lambir/Coverage map of Bukit Lambir radio transmitter==


No comments:
Post a Comment