Sunday, 11 January 2026

RTM Labuan FM 89.4MHz diterima dengan lemah di Pekan Muara, Brunei

Tahukah anda? RTM Labuan FM masih boleh diterima di sebahagian kecil Negara Brunei pada frekuensi FM 89.4MHz.





Pada 1hb Disember 2025, saya mengunjungi negara Brunei dari Miri, Sarawak.


Muara ialah kawasan pertama di Brunei saya berhenti untuk aktiviti radio DXing.


Di Muara, Brunei, RTM Sabah FM 97.9MHz, Sabah VFM 102.9MHz yang dipancar dari Bukit Tampalagus boleh didengari jelas, manakala RTM Sarawak FM 101.5MHz dan Limbang FM 104.9MHz dari Bukit Mas masih jelas lagi, tetapi saya boleh menerima isyarat radio lemah RTM Labuan FM di Muara, Brunei pada frekuensi FM 89.4MHz dari Bukit Timbalai.



FM 103.7MHz dari RTM Labuan tidak dapat diterima di Muara, Brunei.


Selain kawasan Muara, RTM Labuan FM 89.4MHz tidak dapat diterima di Bandar Seri Begawan (Ibu kota Negara Brunei), Temburong dan Tutong.


Secara keseluruhan, Pekan Muara ialah kawasan Negara Brunei yang hanya boleh menerima siaran RTM Labuan FM 89.4MHz dari Bukit Timbalai dengan isyarat yang sangat lemah.


Labuan FM bersiaran setiap hari dari pukul 6 pagi sehingga 7 malam, manakala ia bersambung siar dari RTM Nasional FM pada pukul 7 malam sehingga 6 pagi.


- Frekuensi: FM 89.4MHz

- Kuasa pemancar: 0.1kW

- Tempat pemancar: Bukit Timbalai, Labuan, Malaysia 

- Tempat penerimaan: Muara, Brunei

- Jarak: 30km

No comments:

Post a Comment